KASUT LENTUR INOVATIF

Jelita - - Pesona Gaya -

Bata memperkenalkan koleksi terbaru B-Flex hasil daripada kejayaan teknologi terbarunya. Ianya dihasilkan dalam studio syarikat reka bentuk dan pengeluaran kasut inovatif terkemuka di Itali iaitu Alberto Del Biondi. Koleksi ini memberikan manfaat seperti ketahanan dan fleksibiliti dalam satu kasut yang sama sekali gus menambahkan barisan keluarga Bata B-Flex sedia ada. Ianya turut mempunyai seamless shoes yang menggunakan bahan boleh diubahsuai untuk pelbagai jenis kasut dan mempunyai daya tahan hebat di samping reka bentuknya yang lebih urban dan elegan. Bata B-Flex ini boleh didapati di pasaran bermula Oktober di stor Bata terpilih seluruh dunia. Harga bagi rangkaian kasut lelaki bermula RM269 hingga RM299 manakala sepatu wanita boleh didapati pada harga serendah RM199 hingga RMM259.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.