HIDANGAN MENARIK MENGGIURKAN

Jelita - - Hamil -

Diperbuat daripada serbuk bayam dan tomato asli bagi membantu ibu yang sibuk menyediakan hidangan pasta berkhasiat, Prego Buddies kini berada di pasaran bagi memikat selera anak. Bayangkan hidangan lazat ini boleh disediakan dalam hanya 10 minit. Ianya pasti menjadi jawapan melegakan buat ibu bapa dengan anak yang cerewet makan. Dengan Prego Buddies, anda boleh sediakan hidangan pasta pada bilabila masa menggunakan sos pasta Prego dengan menambah ramuan lain. Penggemar pasta juga boleh mencuba resipi istimewa yang disediakan di laman pregobuddies.com. Produk terbaru ini didatangkan dalam dua varian – pasta bertemakan bentuk sukan dan angkasa, sesuai buat kanak-kanak berusia tiga tahun ke atas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.