KENAPA ANAK MELAWAN CAKAP?

Jelita - - Hamil -

Bila anak bersekolah menjawab suruhan anda, adakah ia bermakna perangainya makin buruk? Tidak semestinya. Menurut Jane Nelsen, penulis Positive Discipline, ada kala melawan cakap itu disebabkan tekanan rakan sebaya kerana anak pada usia ini mahu menguji setakat mana dia boleh terlepas daripada membuat kesilapan. “Biasanya, bila dia melawan cakap adalah disebabkan rasa marah, kecewa, takut atau dilukai,” katanya. Menjawab cakap anda akan menjamin perhatian dan sedikit perhatian lebih baik daripada tidak dapat langsung. Kemungkinan anak berbuat demikian kerana terasa dipinggir dan menginginkan perhatian anda. Memang lebih mudah jika anda memarahinya, tetapi cara lebih bijak adalah bertanya apa yang mengganggu fikirannya, kemudian ajarnya mengekspresi emosi sukar dengan cara yang lebih boleh diterima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.