Teknologi Jepun Untuk Bayi Anda

Jelita - - Hamil -

Sampai ke satu tahap, rasa ingin tahu si kecil pastinya membuak dan anda perlu menyediakan persekitaran dan suasana yang bertepatan supaya dia dapat belajar dengan betul. Selain memastikannya selamat, keselesaan adalah faktor yang perlu diambil kira. Kira Kira, jenama lampin dan penjagaan bayi premium lengkap inovasi teknologi Jepun kini dijual di Malaysia bagi membantu bayi anda membesar dengan bergaya dan selesa. Kira Kira Airy Soft Premium Diapers dan Ultra Soft & Dry Premium Pants dapat membantu anak anda untuk bergerak dengan lebih menggembirakan. “Lampin kami direka selari dengan slogan Produk Berkualiti Melalui Kesederhanaan. Lampin dihasil jenis pita lekat dan jenis seluar premium yang ultra lembut dan berangin,” kata Patt Sue-Ann, pengarah komersial – MOOCC bagi DSG Malaysia Sdn Bhd. Direka mengikut garis pinggang, Airy Soft Premium Tape Diapers dijual pada saiz New Born dan S diperbuat daripada bahan premium. Dengan bantuan penunjuk kelembapan pada lampin, ibu boleh mengetahui dengan mudah bila tiba masanya untuk menukar lampin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.