RAWATAN DITAWARKAN VIBRANCE

Jelita - - Sihat -

* Setiap wanita yang mengunjungi pusat rawatan ini akan diberi khidmat nasihat terlebih dahulu bagi mengenalpasti tahap kemerosotan lantai pelvis yang dialami. Penilaian Penuh Pelvis akan dilakukan bagi menentukan keadaan klinikal lantai pelvis pelanggan.

* Kemudian program rawatan utama Vibrance iaitu Pelvic 360 Degree akan diselaraskan dengan pelanggan.

* Teknik rawatan lain yang disediakan ialah Terapi Pengaktifan Pelvis (PAT). Sesi Abdomen, Belakang dan Paha (ABT) sehingga pelanggan memperoleh kesan yang dikehendaki.

* Sesi PAT akan dikendalikan oleh Pakar Fisioterapi Kesihatan Pelvis Wanita yang akan memberikan bimbingan secara terperinci bagi memastikan keberkesanan fisioterapi yang dilakukan manakala ABT adalah sesi senaman berkumpulan yang menumpukan kepada usaha menguatkan otot abdomen, belakang dan paha.

* Alat dinamakan Pelatih Pelvis Vibrance (VPT) diluluskan FDA akan digunakan untuk melatih otot pelvis dan terbukti berkesan secara klinikal dapat membantu mengurangkan otot lantai pelvis dengan cepat.

* VPT berfungsi membantu pengguna mengenal pasti dan mencetus kumpulan otot yang betul semasa melakukan latihan pelvis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.