Sajian Moden Mudah Sedia

Sentiasa terkejar dengan masa di pejabat bukan alasan untuk anda tidak memasak di rumah. Sesekali ubah selera anda sekeluarga dengan enam menu segar yang ringkas ini. Bahan mudah dan anda tidak perlu berhempas pulas terlalu lama di dapur!

Jelita - - Rumah - Teks & Penyelaras AYU NADIRAH AYUB Arahan Seni NURUL HUDA ALIAS Foto ROBIN YONG Resipi CHEF JOHARI EDRUS

Chef Johari Edrus, dikenali sebagai Chef Jo, mencuri tumpuan dengan ketegasannya semasa menjadi juri program Masterchef Malaysia. Chef Jo menjalankan perniagaan restoran berkonsepkan hidangan eklektik, Symphony by Chef Jo di DC Mall Pusat Bandar Damansara. Dia yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Presiden Chef Association of Malaysia dari 2005 hingga 2008, kini adalah Presiden Malay Culinary Society of Malaysia. Pada September 2011, Chef Jo diiktiraf sebagai National Expert dalam WorldSkills Competition (Skills Olympic) mewakili Malaysia di London. Chef Jo pernah mengetuai pasukan kulinari untuk santapan pertabalan diraja Sultan Johor yang julung kali diadakan selepas 50 tahun pertabalan sultan sebelumnya. Memiliki pengalaman lebih 40 tahun dalam dunia kulinari, dia juga banyak menyumbang idea serta tenaga dalam menjayakan beberapa acara istimewa yang telah direkodkan dalam Malaysia Book of Records. Penyediaan enam hidangan yang tersedia untuk keluaran kali in turut dibantu Chef Yusny Anuar atau mesra disapa Chef Yus yang bertugas sebagai Kitchen Manager untuk Symphony by Chef Jo. Dia memiliki pengalaman 20 tahun dalam dunia makanan. Selain sibuk menggalas tanggungjawab di restoran, dia juga adalah ahli aktif dan Chef Consultant untuk Foodstylist Malaysia, Malaysian Chef Connection dan Chef Association of Malaysia. Chef Yus mendedikasikan kerjayanya sebagai seorang chef untuk arwah ibu, Allahyarhamah Roaini Mat Salleh yang banyak memberi inspirasi buat dirinya dalam bidang masakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.