Isi Ketam Bercili & Mantou

SAIZ HIDANGAN: 1 TEMPOH PENYEDIAAN: 20 MINIT

Jelita - - Sajian -

BAHAN-BAHAN

100g isi ketam 1 ulas bawang putih, dicencang 3 sudu besar sos cili 3 sudu besar sos tomato 1 cawan air 1 sudu kecil marmite sayuran 1 telur, dipukul Garam dan lada putih, secukup rasa Sedikit daun ketumbar Sedikit minyak bijan Ban mantou

CARA MEMBUATNYA

1 Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Kemudian masukkan bawang putih. Saute beberapa saat. 2 Tambahkan air atau stok makanan laut.

Diikuti dengan marmite sayuran, sos cili dan sos tomato. Biarkan masak buat seketika. 3 Kemudian masukkan pula isi ketam. Perasakan dengan garam dan lada. 4 Tuangkan telur sambil kacau rata. Padamkan api dan sedia untuk dihidang. 5 Hidangkan dengan sedikit minyak bijan dan daun ketumbar. 6 Makan bersama ban mantou.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.