Beef Stroganoff & Nasi

SAIZ HIDANGAN: 1 TEMPOH PENYEDIAAN: 40 MINIT

Jelita - - Sajian -

BAHAN-BAHAN

150g daging (batang pinang), dipotong kecil 1 sudu kecil serbuk paprika 50g cendawan butang 30g bawang besar, dihiris 60g mentaga tanpa garam ½ cawan sos perang (jenis serbuk) Garam dan lada, secukup rasa 1 sudu besar krim masam atau yogurt Nasi putih

CARA MEMBUATNYA

1 Perasakan daging dengan serbuk paprika, garam dan lada. Ketepikan. 2 Panaskan kuali dan cairkan mentega. Layurkan hirisan daging tadi apabila mentega mula mencair. Angkat dan ketepikan. 3 Dalam kuali sama, saute bawang dan cendawan. Kemudian masukkan semula daging tadi ke dalam kuali. Teruskan saute. 4 Setelah itu, masukkan pula sos perang. Masak selama beberapa minit lagi. 5 Rasa hidangan dan perasakan hingga menepati cita rasa. 6 Hidangkan daging bersama nasi putih, sedikit krim masam dan pasli yang dicencang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.