Fillet O Fish

SAIZ HIDANGAN: 1 TEMPOH PENYEDIAAN: 20 MINIT

Jelita - - Sajian -

BAHAN-BAHAN

5 ban panini (atau sebarang ban sandwic pilihan) 5 filet mackerel Saba (atau sebarang filet ikan pilihan) Tepung tempura Adunan tempura (daripada tepung tempura) 10 keping keju cheddar 2 tomato, dihiris nipis 5 timun jeruk, dihiris nipis Sedikit minyak masak untuk menggoreng

BAHAN SOS TARTAR

200g mayones

50g timun jeruk 1 bawang besar, dicencang 2 telur rebus, dicencang Sedikit pasli, dicencang

CARA MEMBUATNYA

1 Perasakan ikan dan salut dengan tepung tempura. 2 Kemudian celup ke dalam adunan tempura dan goreng dengan api tinggi hingga bertukar garing serta perang keemasan. Ketepikan. 3 Untuk menyediakan sos, campurkan kesemua bahan dan gaul rata. 4 Potong ban panini dan sapukan sedikit sos tartar. 5 Kemudian letakkan tomato dan jeruk timun. Diikuti dengan filet ikan tadi. 6 Letakkan pula keju dan sedia untuk dihidang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.