Salad Sayuran & Quinoa

SAIZ HIDANGAN: 2 TEMPOH PENYEDIAAN: 40 MINIT

Jelita - - Sajian -

BAHAN-BAHAN

60g lobak merah 60g saderi 60g lada benggala 60g timun Jepun 60g tomato ceri 60g bawang merah Australia 100g quinoa kering, direbus

BAHAN DRESSING

2 sudu besar cuka (atau jus lemon) 6 sudu besar minyak zaitun 2 sudu kecil mustard Garam, gula dan lada, secukup rasa

CARA MEMBUATNYA

1 Bersihkan kesemua sayuran dan potong memanjang. 2 Potong tomato kepada dua bahagian. 3 Kemudian rebus quinoa hingga lembut. Biarkan sejuk. 4 Untuk menyediakan dressing, masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk besar dan gaul rata. 5 Hidangkan kesemua sayuran dan quinoa di dalam mangkuk hidangan. Letakkan dressing yang telah siap tadi. Siap untuk dimakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.