Puding Pisang Montel

SAIZ HIDANGAN: 3 HINGGA 6 TEMPOH PENYEDIAAN: 40 MINIT

Jelita - - Sajian -

BAHAN-BAHAN

95g air 65g pisang Montel, dilenyek 2g soda bikarbonat 2g serbuk penaik Secubit garam 65g gula perang 80g tepung 1 telur 20g susu

CARA MEMBUATNYA

1 Campurkan kesemua bahan kering dan gaul rata.

2 Kemudian masukkan bahan yang selebihnya. Gaul lagi. 3 Sapukan sedikit mentega pada acuan dan masukkan anggaran 75g adunan ke dalam setiap acuan (ini menghasilkan kira-kira lima ke enam bahagian). 4 Tutup dulang dan bakar stim adunan pada suhu 175 darjah Celsius selama 25 minit. 5 Setelah siap, keluarkan dan hidang bersama aiskrim dan sos pilihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.