PERCIKAN KESERONOKAN

Alami pengalaman mengujakan umpama berada di dalam laut, sambil tidur bersama jerung pada musim cuti sekolah di Aquaria KLCC.

Jelita - - Jom Jalan - *Hanyasahuntukpembelian tiketmelaluilamanwebrasmi.

Sand tiger sharks, red-bellied piranhas, green sea turtles - seronoknya! Cuti sekolah ini, bawa si kecil anda ke Aquaria KLCC, oceanarium bertaraf dunia berlokasi di Kuala Lumpur City Centre bagi melihat pelbagai spesies hidupan akuatik dan darat.

Rasai Pengalaman di Lautan

Naiki travelator yang membawa anda melalui terowong kaca 90 meter dan melihat ikan pari, jerung serta pelbagai spesies ikan yang menarik. Anda juga boleh melihat penyu besar yang berenang merentasi atas anda. Pengalaman mengujakan ini mewujudkan suasana ajaib di lautan dan mampu memupuk rasa sayang terhadap hidupan ini dalam diri anak anda.

Dekati Hidupan Laut

Di Aquaria KLCC, pengunjung dibenarkan mendekati hidupan laut yang ada. Sebagai contoh, anda boleh mengikuti sesi memberi makanan untuk memahami hidupan berkenaan dengan lebih lanjut, selain melihat memerang Asia dengan lebih dekat. Sementara itu, di Touch Pool anda boleh melihat organisma seperti timun laut, tapak sulaiman dan belangkas. Adakah anak anda berani untuk menyentuhnya? Anda juga boleh menyaksikan jerung brownbanded bamboo berenang dalam kolam berkenaan. Semua ini semestinya dapat membuahkan pengalaman indah buat si kecil yang penuh dengan rasa ingin tahu.

Bermalam di Akuarium

Adakah anak anda berani untuk tidur bersama jerung? Kanakkanak berusia enam ke 13 tahun boleh menyertai aktiviti shark sleepover di Aquaria KLCC, di mana mereka akan berkhemah bersebelahan kawasan yang menempatkan jerung. Mereka juga dapat berjalan sekitar Aquaria pada waktu malam, belajar mengenai tabiat menarik spesies arapaima, jerung dan piranha red-bellied, selain dapat memberi ikan makan! Layari www.aquariaklcc. com dan laman Facebook mereka untuk dapatkan info terkini mengenai acara istimewa, dan anda juga boleh membeli tiket secara dalam talian untuk mengelak daripada beratur panjang!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.