Rahsia Cantik Shima Anuar

Jelita - - Pesona Solekan -

Shima Anuar, pelakon wanita wanita yang terkenal dengan lakonan hebatnya dalam beberapa filem di bawah MIG seperti Jangan Pandang Belakang, Sumpahan Kum Kum dan 99 Kali Rindu ini tampil semakin cantik selepas melahirkan puteri sulungnya hujung tahun lalu. Ikuti apakah rahsia cantik yang diamalkannya.

1Kongsikan rutin penjagaan wajah?

Saya akan pastikan mengikut aturan yang asas iaitu membersih, menyegar dan melembap. Yang penting , ketahui dulu apakah masalah kulit anda dan barulah cari rangkaian produk yang sesuai dengan kulit. 2Anda menjadi duta untuk jenama penjagaan wajah terkenal, Clinelle. Apakah produk yang menjadi kegemaran dan harus dicuba wanita lain? Saya sangat menyukai rangkaian Clinelle Pureswiss Hydra Calm kerana ia berkesan untuk merawat kulit yang kering dan kusam. 3Tiga item cantik dalam tas tangan anda? Saya bukanlah seorang yang suka mekap tebal jika tidak terikat dengan sebarang tuntutan kerja. Pun begitu, saya mesti ada bedak kompak, pelembap bibir dan tisu. 4Siapakah selebriti Malaysia yang anda labelkan sebagai ikon cantik? Fazura. Dia sangat cantik sama ada mengenakan mekap atau tidak. Dan personalitinya yang menarik membuatkan dia mempunyai aura yang tersendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.