Fesyen

Jenguk Gaya Ala Maskulin

Jelita - - News -

Reaksi Sofie Azam:

“Mempunyai ketinggian ekstra mungkin bonus buat diri saya dalam menonjolkan stail kelelakian seperti tata gaya ini. Apa yang saya fahami, palet warna bagi konsep ini lebih bersifat neutral dan potongan siluetnya pula tidak rumit. Penampilan ini sesuai untuk saya memandangkan jadual harian yang sibuk memerlukan saya memakai sesuatu yang lebih ringkas dan minimal.”

Tip Daripada Nurita Harith:

“Bagi menyuai padankan persalinan ala maskulin, riasan wajah dan rambut haruslah lebih ringkas dan kemas. Ini kerana kunci utama tema ini adalah untuk nampak seringkas yang boleh. Selain itu, helaian yang dicadangkan adalah sepasang sut atau kemeja polos potongan biasa. Jangan lupa selitkan sedikit attitude dan keyakinan di kala melangkah!”

Fahami Kemahuan Gayamu

Fokusnya pada blaus lengan panjang dengan kolar jersi unik menjadikannya helaian cukup menarik. Oleh kerana warnanya pastel, ia cukup mudah untuk disuai padan. Beg lut sinar dan kasut bertumit diberi bagi melengkapkan gaya ini.

Lincah Melewati Usia

Bagi wanita yang sentiasa tampil cergas dalam hariannya, persalinan ini sesuai untuk anda. Kemeja lengan panjang dan jeans skinny yang dipadan bersama sneakers membiaskan aura kelakian. Kardigan labuh tanpa lengan menghilangkan kebosanan lampiran ini.

Rembesan Warna Dingin

Selain jeans atau baju berkolar, jumpsut antara item yang mampu menyerlahkan sisi kacak seseorang. Palet lemah pada helaian ini sengaja diberi bagi mengekalkan aura lemah lembut pada si pemakai. Jangan lupa lengkapkan bersama tali pinggang rona berbeza dan tas tangan bagi menyudahi penampilan.

Citra Gaya Senada

Busana sepadan seperti blaus dan seluar ini sedang trendi masa kini. Elemen jahitan berlisu dan potongan unik ini memacu karakternya tersendiri. Tidak mahu tampak mendatar, top leher kekura ungu gelap diadunkan bersama.

Teringin digaya dalam ruangan ini? Hantarkan gambar, butiran diri dan nombor telefon ke jelita@bluinc.com.my sekarang. Top, RM367 dan beg, RM280, keduaduanya daripada ShoesShoesShoes Seluar, Uniqlo, RM79.90 Kasut, Clarks, harga tidak dinyatakan

Sebelum

NuritaHarith PerakaFesyen

Top, RM199 dan jeans, RM149.90, kedua-duanya daripada Uniqlo Kardigan, ShoesShoesShoes, RM599 Kasut, Clarks, harga tidak dinyatakan Jumpsut, RM376.40 dan tas bimbit, RM942.45, kedua-duanya daripada ShoesShoesShoes Kasut, Clarks, harga tidak dinyatakan

Blaus, RM140 dan seluar, RM140, kedua-duanya daripada Umma Top leher kekura, Uniqlo, RM149.90 Kasut, Clarks, RM509

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.