24 Nota Cantik

Kulit Tubuh Mulus dan Lembap

Jelita - - News -

Ya, benar anda memakai baju dan seluar labuh, tetapi jika tidak diberikan perhatian, lama kelamaan bahagian seperti siku, celah lutut, tumit kaki dan di bawah lengan menjadi kering dan kehitaman. Itu belum lagi dengan munculnya selulit pada bahagian punggung dan paha yang pastinya semua wanita miliki. Jadi, apa kata anda mula berikan perhatian dan belai kulit tubuh mulai sekarang. Masih belum terlambat ya! Selain berkunjung ke spa kecantikan sebulan sekali, anda boleh cuba beberapa panduan penjagaan tubuh ini yang hanya boleh dilakukan di rumah. Jika anda rajin dan konsisten, kulit anda tampil lebih licin, mulus dan lembap.

MANDI DUA KALI SEHARI Ini adalah ritual yang paling asas dan mesti dilakukan setiap hari. Apatah lagi tinggal di negara yang bercuaca panas seperti Malaysia ini, membuatkan tubuh cepat berpeluh, berbau dan berdaki. Pilih produk pembersih badan yang mempunyai formulasi seperti anti bakteria agar dapat menyingkirkan kotoran kuman pada badan untuk tubuh yang lebih bersih dan segar.

SKRUB ATAU PUPUR Disarankan anda skrub tubuh dua atau tiga kali seminggu. Skrub atau pupur mempunyai tekstur yang berbiji dan ia bagus untuk menyingkirkan sel kulit mati lama pada dasar kulit anda. Pilih yang ramuannya tidak terlalu kasar, dikhuatiri akan merengsakan kulit anda nanti.

BERUS BADAN KERING Cuba tukar berus badan anda. Pilih yang teksturnya sedikit kering. Lakukan dalam pergerakan membulat. Ia adalah untuk merangsang peredaran darah langsung mengurangkan selulit pada tubuh badan. Selain itu, ia turut membantu membuang sel kulit mati pada tubuh anda.

MINYAK ATAU KRIM PELEMBAP Sapukannya selepas mandi untuk mengembalikan kelembapan dan

kelembutan kulit selepas pori terbuka ketika mandi tadi. Terdapat juga minyak atau krim yang berformulasi untuk menganjal dan menegangkan kulit terutamanya pada bahagian yang mudah menggelebeh seperti punggung dan peha. Selain itu, jika anda mempunyai selulit atau stretch marks, anda boleh pilih produk yang khusus untuk merawatnya. Mungkin mengambil sedikit masa untuk menghilangkan kesan itu, tetapi jika dilakukan secara konsisten anda akan nampak hasilnya.

WAXING Jangan lupa untuk waxing dan membuang bulu pada bahagian tertentu seperti di bawah lengan dan kawasan intim anda. Ini juga adalah tanda sama ada anda pembersih ataupun tidak. Ini penting untuk memastikan kawasan itu sentiasa bersih dan tidak dijangkiti kuman.

DETOKS SECARA ALAMI Selain menggunakan produk, anda boleh mengamalkan petua secara alami. Corak pemakanan dan gaya hidup yang sihat turut memainkan peranan penting. Anda boleh mencuba program detoks tubuh menerusi pengambilan jus buahan. Anda pasti akan merasai perubahannya.

Lush Face and Body Scrub, RM170 Neal’s Yard Remedies Geranium & Orange Body Scrub, RM133

Crabtree & Evelyn Lavender & Espresso Body Scrub, RM150

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.