Acara Jelita

Tampil Mempesona Dengan Ritual Kecantikan Yang Tepat

Jelita - - News -

Kucing memerlukan penjagaan dan perhatian yang rapi kerana haiwan peliharaan ini mudah terkena penyakit. Bagi mereka yang memiliki kucing, apabila si comel kesayangan dijangkiti penyakit sudah pasti tidak senang duduk dan akan berasa susah hati dengan keadaannya. Bulu dan kulit si comel mudah dijangkiti penyakit kulit seperti kurap atau kulat. Antara kulat yang mungkin menyerang ialah Ringworm. Dr Yaslynn Yamin, Doktor Veterinar di Lynn Veterinary Clinic berkongsi maklumat mengenai kulat ini.

APAKAH RINGWORM? Ringworm atau Dermathophytosis adalah sejenis penyakit kulit yang biasa dihidapi si comel. Penyakit kulit ini berpunca daripada kulat dan bukannya cacing. Ia diberi nama Ringworm kerana ia biasanya membentuk tompok bulatan merah seperti cincin dan ia boleh membesar. Ringworm perlu ditangani dengan segera kerana ia adalah penyakit zoonotik, iaitu penyakit yang boleh berjangkit daripada haiwan kepada manusia. Justeru, langkah kebersihan perlu dititik berat selepas memegang kucing yang mempunyai masalah kulat.

APAKAH PENYEBAB KUCING DIJANGKITI RINGWORM? Sedia maklum cara kulat membiak adalah dengan penghasilan spora, begitu juga dengan Ringworm. Spora ini akan hinggap pada kulit si comel, dan sekiranya ada bukaan (luka) pada kulit si comel spora ini berkemungkinan bercambah dan mendatangkan masalah pada kulit kucing.

JENIS KUCING YANG MUDAH DIJANGKITI RINGWORM? Ringworm tidak mengira usia, jantina dan baka. Namun kebiasaannya anak kucing mudah mendapat masalah kulat kerana mereka masih tidak pandai membersihkan diri dan sering bergurau antara satu sama lain. Selain itu kucing daripada baka bulu panjang dan tebal juga mudah mendapat masalah kulat.

BAGAIMANA KUCING BOLEH DIJANGKITI? Si comel boleh dijangkiti kulat secara sentuhan langsung atau tidak langsung dengan kucing atau haiwan yang telah dijangkiti kulat. Sentuhan secara langsung ini merujuk kepada pergaulan antara si comel dengan kucing yang telah dijangkiti ringworm. Sentuhan tidak langsung pula merujuk kepada beberapa cara, antaranya ialah; Melalui sentuhan, perkongsian barang serta kelengkapan harian seperti tandas, tempat tidur, sangkar dan mainan Melalui perkongsian peralatan penjagaan si comel, termasuklah peralatan grooming seperti sikat. Melalui sentuhan manusia sama ada tubuh badan atau pakaian. Mungkin ada yang tidak sedar bahawa ketika berada di luar anda telah bersentuhan dengan kucing liar dan kemudian memindahkannya kepada kucing peliharaan.

BAGAIMANA INGIN MENGENALI KULAT DAN RAWATANNYA? Kulat boleh dikenali dengan mudah, bulu pada kawasan kulit yang dijangkiti akan mudah tertanggal apabila ditarik. Ringworm sering menyerang muka dan hujung kaki bagi anak kucing manakala bahagian tengkuk serta belakang badan bagi kucing dewasa. Walaupun kulat mudah dikenali, namun mungkin anda akan keliru dengan penyakit kurap kucing. Jadi adalah lebih baik untuk berjumpa dengan doktor veterinar yang sah untuk mengenal pasti dan mendapatkan rawatan berkesan.

Dr Yaslynn Yamin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.