SKRUB RASBERI

Jelita - - Nota Cantik -

Bukan sekadar menanggalkan sel kulit mati, khasiat yang terkandung dalam buah rasberi juga membekalkan kelembapan semulajadi pada kulit. Bahan-bahan: • 150 gram buah rasberri • 1 cawan gula halus • 2 sudu besar minyak zaitun • 2-3 titis minyak badam • 2-3 ekstrak daun pudina Caranya: * Masukkan rasberi bersama minyak zaitun, minyak badam dan ekstrak daun pudina ke dalam pengisar. Kisar kesemuanya sehingga halus. * Kemudian, tuangkan ke dalam mangkuk dan campurkan dengan sedikit gula. Gaul rata kesemuanya. * Sapu dan gosokkan pada seluruh tubuh anda semasa mandi. * Untuk bahagian yang kasar seperti tumit kaki, anda boleh tambahkan lebih gula ke dalam campuran tadi agar teksturnya menjadi lebih kasar untuk menghilangkan kulit mati pada bahagian tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.