MOVIE ANIMATION PARK STUDIOS (MAPS)

Jelita - - Makan Di Mana -

Siapa yang tidak suka dengan taman tema, bukan? Tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa, anda pastinya teruja apabila dapat jejakkan kaki ke taman tema. Maps menjadi antara tarikan terbaru di Malaysia yang sudah menambat hati ramai. Mereka mempunyai 23 tarikan istimewa, 15 permainan mendebarkan dan enam zon bertema yang sangat mengujakan. Sesuai untuk si kecil yang mahu berhibur bersama karakter kartun kegemaran seperti BoBoiBoy, Mr Peabody & Sherman dan The Smurfs.

LOKASI: 3, Persiaran Meru Raya, 31200 Ipoh, Perak. WAKTU PERNIAGAAN: Isnin hingga Jumaat (kecuali Rabu), 10 pagi hingga 6 petang & Sabtu, Ahad dan cuti umum, 10 pagi hingga 10 malam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.