TEKNOLOGI PENJIMATAN

Jelita - - Makan Di Mana -

Untuk lebih penjimatan dalam memiliki kereta bersaiz besar, anda boleh dapatkan Proton Ertiga. Kereta MPV nasional ini berciri kompak dengan harga mampu milik. Ia dikuasakan dengan enjin K14B 1.4 liter empat silinder dengan VVT daripada Swift. Bunyi enjin dan angin dikekalkan pada tahap minimum setiap kali kenderaan bergerak, malah gegaran pada stereng dan tempat duduk juga tidak terasa apabila ia dipecut laju. Kereta ini dibangunkan dengan saiz kabin besar yang boleh memuatkan enam penumpang dalam satu masa. Memiliki tiga baris tempat duduk, baris kedua boleh dianjak ke depan atau belakang sebanyak 240mm. Selain itu, kabin Ertiga turut dilengkapi ciri yang memberi keselesaan buat kesemua penumpang. Terdapat penyaman udara belakang, pemegang cawan di depan dan di barisan ketiga, sambungan USB dan juga dua soket 12V. Proton Ertiga turut dibangunkan dengan aspek keselamatan seperti dua beg udara, sistem bantuan mengundur, ABS, EBD dan Isofix.

HARGA: DARIPADA RM59,833

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.