USAH BIAR DIRI TERLALU SELESA

Jelita - - Catatan Editor - Anida Salwani Anida Salwani, Editor [email protected]

Cabaran terbesar bergelar seorang ketua adalah sentiasa perlu memastikan semangat pasukan kukuh dan positif, bukan sekadar mengarah itu ini untuk memastikan kerja serta objektif tercapai. Sudah menjadi lumrah sekarang ini jika tidak berpuas hati dengan hal di pejabat atau dalam perhubunga­n, habis semuanya dicanangka­n di media sosial. Kerap juga ternampak rungutan, rasa kecewa yang adakala mengarah kepada putus asa kerana berasa masalah yang sedang dihadapi itu amat besar.

Sebagai manusia, pastinya kita tidak dapat lari daripada rasa sedih dan letih kerana itu adalah perasaan yang normal. Tetapi apa yang saya belajar daripada filem animasi Inside Out yang membariska­n karakter mewakili rasa Gembira dan Sedih, bila hadirnya rasa sedih, gembira pula pasti menyusuli. Ya, anda perlu merasai sedih untuk mencapai kegembiraa­n.

Saya selalu ingatkan diri, jangan terlalu selesa bila berada di dalam satu posisi. Bayangkan kalau duduk berjam-jam lamanya di atas kerusi, memanglah sedap tetapi bila kena bangun, mulalah terasa lenguh di seluruh badan. Begitu jugalah dengan kehidupan. Kita tidak boleh terlalu seronok dengan satu kedudukan. Nasihat saya, sentiasa beringat akan cabaran yang mendatang dan bersediala­h.

Setiap kali rasa seperti terlalu selesa, damai dan lancarnya perjalanan hidup pada ketika itu, hati akan terdetik “mungkin ada sesuatu akan berlaku...” Biasanya naluri itu betul, tahu-tahu ada projek besar perlu direncana dan dilaksanak­an atau mendapat arahan luar biasa daripada majikan atau kehilangan orang tersayang secara mengejut. Itu sudah lumrah tetapi jika kita terlalu selesa bagaimana mungkin kita dapat bersedia menghadapi­nya?

Maaf, saya terpaksa membebel meluahkan sedikit perasaan untuk peringatan kita semua dan juga diri sendiri.

Lupakan keseketika luahan tersebut. Jom kita semak apa ada di dalam Jelita edisi Ogos? Selain menjadikan­nya edisi soal jawab kerana Jelita sentiasa peka dengan persoalan yang mungkin sudah lama anda fikir dan bermain di benak dan warga Jelita cuba kupaskan sebaik mungkin, Jelita bersama Her World, The Malaysian Women’s Weekly dan Shape tahun ini menyenarai­kan lebih 150 produk kecantikan yang terbaik. Bayangkan kami perlu mencuba beratus-ratus produk yang dicalonkan jenama lokal dan antarabang­sa khusus untuk anda. Menerusi Her Beauty

Awards 2019, anda akan ketahui , mana yang betul-betul bagus.

Terbaharu di Instagram Jelita, saya muncul dalam slot Kerlazz Kak Nida untuk berkongsi pelbagai topik serta reviu produk menarik buat anda. Jadi jangan silu berikan komen membina agar kita sama-sama dapat memanfaatk­annya. Terima kasih buat anda semua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.