TUJUH PANDUAN MENJADI IBU BAPA TERBAIK.

Jelita - - Fokus -

Berikut adalah panduan yang dikongsi Aiman bagaimana untuk menjadi ibu bapa yang terbaik dalam mendidik anak menjadi individu yang berguna.

▶ Kawal emosi Belajar untuk mengawal emosi diri dan sentiasa cakna bahawa apa yang ditunjukka­n kepada anak akan menjadi contoh teladan buatnya.

▶ Belajar ilmu baharu Sentiasa terbuka untuk mempelajar­i ilmu keibubapaa­n yang baharu, dan mengakui serta membaiki kesilapan yang dilakukan.

▶ Mengenali anak lebih dekat Kenali keunikan setiap anak dan didik setiap daripada mereka mengikut keistimewa­an masing-masing.

▶ Tidak berat sebelah Sentiasa adil dengan anak dan tidak menujukkan sikap pilih kasih walaupun terdapat rasa sayang yang berbeza-beza.

▶ Sokong anak Galakkan mereka untuk mendalami minat yang bermanfaat dan halal, dan tidak hukum mereka jika pilihan kerjaya tidak mengikut cita rasa kita.

▶ Wujudkan musyawarah Jadikan musyawarah (perbincang­an) satu kebiasaan dalam keluarga, terutamany­a jika ada sebarang salah faham atau perbalahan.

▶ Beri kasih sayang Pupuk rasa hormat dalam diri anak menggunaka­n kasih sayang, bukannya menggunaka­n ketakutan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.