Salmon Kicap & Halia

Jelita - - Sajian -

SAIZ HIDANGAN: 1 TEMPOH PENYEDIAAN:

30 MINIT

BAHAN-BAHAN:

• 150g multigrain quinoa

• 120g salmon Norweigian segar

• ⅓ cawan kicap Jepun

• 4 ulas bawang putih, dihiris

• 7.6cm halia, dihiris

• ½ cawan jus halia

• ½ cawan air

BAHAN HIASAN:

• Lobak merah, dihiris

• Brokoli, dikukus

• Lotus root rangup

• Telur Hanjuku

• Cip bawang putih goreng

• Bijan

CARA MEMBUATNYA:

1 Untuk sediakan ikan, campurkan kicap, bawang putih, halia, jus halia dan air. Perap salmon bersama campuran tersebut semalaman.

2 Untuk sediakan quinoa pula, didihkan 300ml air dan masukkan quinoa. Kemudian perlahanka­n api apabila quinoa telah menyerap kesemua air dan alih daripada api setelah air kering. Tutup periuk.

3 Masak salmon yang telah diperap tadi selama 10 minit.

4 Letakkan salmon ke atas quinoa. Hias dengan bahan selebihnya mengikut cita rasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.