Ayam Teriyaki & Quinoa

Jelita - - Sajian -

SAIZ HIDANGAN: 1 TEMPOH PENYEDIAAN:

30 MINIT

BAHAN-BAHAN:

• 150g multigrain quinoa

• Ayam tanpa tulang

• ⅓ cawan sos teriyaki

• 4 ulas bawang putih, dihiris

• 7.6cm halia, dihiris

BAHAN HIASAN:

• Lobak, dihiris • Bayam, dikukus • Lotus root rangup • Telur Hanjuku • Cip bawang putih goreng • Bijan

CARA MEMBUATNYA:

1 Untuk sediakan ayam, campurkan sos teriyaki, bawang putih dan halia.

2 Perap ayam bersama campuran semalaman. Untuk sediakan quinoa pula, didihkan 300ml air dan masukkan quinoa. Kemudian perlahanka­n api apabila quinoa telah menyerap kesemua air dan angkat daripada api setelah air kering. Tutup periuk.

3 Bakar ayam dalam ketuhar pada suhu 200 darjah Celsius selama 15 minit.

4 Letakkan ayam ke atas quinoa. Hiaskan mengikut cita rasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.