Aiskrim Selera Tempatan

Jelita - - Makan Di Mana -

Pencinta hidangan pemanis mulut berupa aiskrim tidak harus melepaskan peluang untuk menikmati Creme De La Creme. Dengan chef pastri terlatih, restoran ini menjadi syurga aiskrim yang lembut dan kaya dengan rasa menggoda selera. Creme De La Creme diasaskan oleh Lio Lim, yang serius dalam membawa aiskrim cita rasa tempatan dengan resipi terbaik kepada orang ramai. Mereka hanya menggunaka­n 100 peratus bahan semula jadi, segar dan berkhasiat. Tiada sebarang pengawet, pewarna dan perasa tiruan digunakan bagi menjamin kualiti aiskrim. Menawarkan sebanyak 18 perisa aiskrim yang menarik, mereka mendapat inspirasi daripada makanan tempatan untuk mencipta perisa yang mengimbau nostalgia seperti Musang King, Pandan Kaya Toast, Barley Lime, Teh Tarik dan banyak lagi.

Selain daripada aiskrim, Creme De La Creme juga menawarkan Petits Gateaux iaitu kek aiskrim yang artistik. Setiap kek yang dihasilkan menerima sentuhan karya seni yang cukup unik. Mereka juga berhasrat untuk memperkena­lkan perisa baharu setiap bulan agar dapat menepati cita rasa semua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.