Variasi Hidangan Minum Petang

Jelita - - Makan Di Mana -

Altitude yang berlokasi di Banyan Tree Kuala Lumpur membawakan Summer Afternoon Tea Set terbaru yang membolehka­n anda menikmati hidangan ringan sentuhan chef hebat, sambil merehatkan diri dalam pelukan suasana damai di aras 53. Set minum petang ini menyaksika­n pertembung­an antara selera tempatan dan Barat. Apa yang anda boleh harapkan adalah hidangan pembuka selera seperti Lobster Grissini, Char Siew Chicken Crisp dan Garden Herb Tuile. Pastinya yang sentiasa ditunggu adalah hidangan manis. Mereka menghidang­kan aneka pilihan pemanis mulut yang memikat, contohnya Balsamic Strawberry Macaron, Classic Plain Scone, Fruity Cranberry Scone dan Mixed Fruit Tart. Usah khuatir, biarpun ia manisan, tetapi buat anda yang kurang gemar dengan rasa manis, ini adalah sesuatu yang sesuai untuk anda. Rasanya sangat unik dan enak, tanpa perlu terlalu manis. Anda juga boleh menjamah sandwic dan pelbagai hidangan savuri yang tidak kurang hebatnya. Kesemuanya boleh anda dapatkan dengan harga RM98 untuk seorang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.