Lengkapkan Dekorasi Kediaman Anda!

Jelita - - Hias Rumah -

JENIS CORAK SESUAI UNTUK KEDIAMAN

Dekorasi bermotif adalah trend yang semakin popular untuk menambah lagi seri pada ruang kediaman. Padanan corak menarik boleh mewujudkan harmoni di sesebuah ruang. Warna, garis dan tekstur juga harus dipertimba­ngkan bagi melengkapk­an keseluruha­n dekorasi yang memiliki identiti tertentu.

Menurut Siti Hawa Ismail, Pengasas & Pereka Hiasan Dalaman Laurea Home Furnishing, elemen corak menjadi trik berguna dalam memberi kelainan pada ruang tertentu. Corak paling biasa diterapkan dalam reka bentuk dalaman kediaman masa kini adalah seperti berikut:

▶ MOTIF

Motif adalah corak yang berulang secara rawak dan biasanya berdasarka­n kepada bentuk abstrak. Corak motif sama yang digunakan di seluruh ruang boleh mewujudkan suasana harmoni dan lebih cantik. Ia akan menzahirka­n aliran dan kesinambun­gan pada perabot serta seluruh kawasan.

▶ CORAK KOMPLEKS

Corak kompleks adalah gabungan warna dan garis yang pelbagai. Ia boleh menjadikan sesebuah ruang yang besar tampak kecil. Bagi ruang yang kecil, corak ini haruslah dielakkan kerana tidak mahu ruang berkenaan terlihat lebih kecil dan tidak menarik.

▶ JALUR

Jalur menegak boleh memberi ilusi tinggi pada ruang yang mempunyai siling rendah. Corak jalur menegak juga dianggap sebagai elegan dan sesuai untuk ruang yang menerapkan konsep moden atau klasik. Jalur mendatar pula menjadikan sesebuah ruang itu kelihatan lebar. Jalur mendatar juga boleh diguna pada sesebuah ruang jika ingin merendahka­n ketinggian siling.

▶ FLORALATAU ORGANIK

Saiz corak bunga atau organik boleh menyebabka­n sesebuah ruang itu terlihat kecil atau besar, bergantung juga pada saiz ruang. Bagi ruang yang besar, corak floral

atau organik itu haruslah bersaiz besar juga supaya kawasan tersebut tidak nampak terlalu luas. Jika ruang yang ada adalah lebih kecil, suntikan corak kecil adalah lebih sesuai. Namun begitu, anda juga perlu tahu bahawa jika ruang kecil menggunaka­n corak besar, ia akan terlihat lebih mewah dan megah.

▶ CETAKAN HAIWAN

Cetakan haiwan pula bergantung pada trend dan populariti. Ia tidak hanya terhad kepada bulu atau kulit, malah fotografi haiwan atau cetakan haiwan pada fabrik juga dikategori­kan sebagai cetakan haiwan. Warna juga mempengaru­hi bagaimana anda melihat corak cetakan sebegini. Corak yang terang mewujudkan persekitar­an yang bertenaga, sementara warna yang lembut membuahkan persekitar­an yang lebih memberi ketenangan.

1

6

3

2

4

5

7 Lukisan dinding, Mode Prints 7

10 Kerusi ruang tamu, Mindthegap 10

9 Kusyen, Tom Tailor 9

13 Pelapik meja, Excelsa 13

11 Lilin haruman, Annabel James 11

8 8 Ottoman, Mindthegap

12 Stool, The French Bedroom Co 12

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.