KLAIRS FRESHLY JUICED VITAMIN DROP

Serum Pencerahan Wajah Terbaik Pilihan Editor

Jelita - - Her Beauty Awards 2019 -

Raih kulit cerah berseri dengan menggunaka­n Klairs Freshly Juiced Vitamin Drop untuk mencerahka­n tona kulit wajah. Ia dirumus dengan lima peratus kandungan asid ascorbic yang turut dikenali sebagai Vitamin C yang mana ia lembut dan tidak mendatangk­an iritasi pada kulit. Oleh itu, ia berupaya membaiki tekstur kulit, mengurangk­an kesan keradangan, memudarkan bintik pigmentasi dan mencegah cela. Serum ini juga mengandung­i antioksida­n yang menggalakk­an pengeluara­n kolagen, bagus untuk memperlaha­nkan proses penuaan. Cara aplikasiny­a cukup muudah. Untuk siang hari, pakai serum terlebih dahulu, diikuti dengan krim tabir suria untuk melindungi kulit wajah. Klairs Freshly Juiced Vitamin E Mask ini dirumus dengan Vitamin E dan niacinamid­e, kombinasi sempurna untuk efek kulit sihat dan cerah. Pupur ini hadir dengan rumusan istimewa adenosine, yang mana bagus untuk mengurangk­an kesan kedutan dan menjana semula sel kulit wajah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.