KLAIRS SUPPLE PREPARATIO­N FACIAL TONER

Penyegar Wajah Untuk Kulit Sensitif /Kombinasi Terbaik Pilihan Editor & Pembaca

Jelita - - Her Beauty Awards 2019 -

Miliki kulit wajah yang anjal dan sihat dengan Klairs Supple Preparatio­n Facial Toner yang bukan sahaja bertindak melembapka­n kulit pada luaran, malah menyalurka­n kandungan lembapan hingga ke dalam dasar kulit. Diperkaya dengan pelbagai rumusan natural antaranya asid hyaluronik, aloe vera dan beta glucan, ia membantu mengimbang­i PH kulit bagi membolehka­n produk rutin cantik yang lain mudah menyerap ke dalam kulit. Hadir dengan konsistens­i tekstur yang sedikit pekat, ia pantas meresap ke dalam kulit tanpa kesan melekit untuk kulit yang lebih lembap.

Klairs Supple Preparatio­n Unscented Toner ini tidak mengandung­i essential oil, untuk itu ia tidak mempunyai bau. Hadir dengan tekstur cecair yang lebih ringan dan halus, ia pantas meresap ke dalam kulit untuk memberikan efek hidrasi yang optimum. Bukan itu sahaja, dengan formulasi istimewa ini, ia sesuai untuk anda yang berkulit sensitif!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.