OLFAC3 OMBAK EAU DE PARFUM

Haruman Segar T erbaik Pilihan Editor

Jelita - - Her Beauty Awards 2019 -

Bayangkan diri anda berada di kepulauan yang indah dengan bunyi deruan ombak sambil menghirup udara segar. Itulah interpreta­si keindahan aroma bagi haruman OMBAK Eau De Parfum oleh OLFAC3 Perfume. Aromanya yang memikat jiwa mampu memercikka­n semangat dan suasana biarpun anda sedang sibuk dengan tugasan harian. Kombinasi bungaan segar sebagai nota utama seperti mandarin, lemon, limau, halia dan epal hijau menyuntik suasana mendamaika­n. Bukan itu sahaja, nota tengahnya yang terdiri daripada gardenia, jasmin dan lily berpadu mesra dengan ambar, kesturi dan kayu cedar lalu memberikan aroma harum berpanjang­an.

Jika anda gemar haruman yang berbau sedikit manis seperti bunga dan buahan, MATAHARI Eau De Parfum akan menghangat­kan penampilan anda. Gabungan pelbagai rumusan antaranya cassis, tembikai, kiwi, rhubarb, pir dan pic serta nota bungaan jasmin, fressia dan cyclamen membalut harmoni tubuh anda. Ia lebih harum kerana turut mendapat percikan cendana, amber, kesturi dan kayu cedar sebagai nota asasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.