LIMA CARA MUDAH LUANG MASA BERSAMA ANAK

Jelita - - Fokus -

Kualiti masa bersama anak itu sangat penting. Ramai ibu bapa mengaku bahawa mereka meluangkan masa sehari bersama anak tetapi hakikatnya dia masih melakukan perkara lain dan anaknya berada di sisi. Kualiti di sini bermaksud terdapat perkongsia­n kasih sayang dan sentuhan dengan anak. Berikut cara mudah untuk luang masa bersama anak dan keluarga.

▶ Duduk Berbual Bertanya mengenai perkara yang berlaku di sekolah atau berkongsi cerita bersama mereka.

▶ Kongsi hobi bersama anak Jika anda gemar bercucuk tanam, ajak anak untuk sertai anda melakukan aktiviti berkenaan pasti mereka akan menghargai momen ketika itu.

▶ Keluar bercuti bersama anak Hentikan sebentar kerja di pejabat, ambil cuti dan bawa anak anda keluar ke pantai dan cipta memori bersama mereka. Pasti ianya menjadi kenangan terindah buat si anak.

▶ Bantu Anak dengan Kerja Sekolah ini antara perkara yang sukar dilakukan. Ambil masa sebentar ataupun bergilir dengan pasangan supaya anda tahu mereka mempunyai masalah dalam pembelajar­an atau tidak.

▶ Cipta masa larangan gajet pada hujung minggu, cipta dua atau tiga jam keluar rumah tanpa gajet. Bawa mereka keluar makan dan itu adalah masa untuk mengeratka­n lagi ikatan anda bersama anak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.