TIP BAGI PENGHIDAP MS

Jelita - - Info Sihat -

▶ Apabila suhu semakin meningkat dan anda mula berasa tidak sihat, pasang pendingin hawa atau cuba pakai baju penyejuk ( cooling vest).

▶ Pastikan tidak menyendiri dan cuba dapatkan bantuan daripada ahli keluarga atau rakan.

▶ Bagi memastikan otot anda kuat, lakukan senaman ringan beberapa kali dalam seminggu. Berhenti jika anda merasai kesakitan.

▶ Lakukan beberapa siri regangan sekurang-kurangnya dua kali dalam seminggu.

▶ Mematuhi waktu ubatan anda. Jika anda berhenti tanpa kebenaran doktor, ia mungkin mengurangk­an keberkesan­an rawatan dan menyebabka­n kemudarata­n.

▶ Jejak gejala yang dialami dan kongsi ia dengan doktor bagi memahami mengenai MS dna mendapat gambaran tepat mengenainy­a.

* Maklumat yang terkandung ini tidak bertujuan untuk menjadi pengganti nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan dalam apa jua cara. Sentiasa dapatkan nasihat doktor atau pakar kesihatan yang berkelayak­an mengenai sebarang keadaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.