MASAKAN YANG MEMBERI KETENANGAN

Jelita - - Sajian -

Adam percaya bahawa comfort food membuahkan rasa nostalgia yang sukar digambarka­n. “Ia membawa kita kepada momen berbeza dalam fasa kehidupan, terutamany­a zaman kanak-kanak. Kala berperang dengan emosi, anda akan berasa tenang bila dapat kembali kepada

comfort food!”

Banyak keistimewa­an yang ada pada hidangan dalam mangkuk. Sebagai orang Asia, pasti rata-rata daripada kita dapat mengingati hidangan seperti sup,

stew, nasi dan sebagainya yang mampu memberi ketenangan dan kepuasan. Apatah lagi dengan situasi yang makin sibuk masa kini, sangat penting untuk dapatkan resipi mudah sedia dengan hasil yang tidak mengecewak­an.

Cadangan Adam untuk mempercepa­tkan proses memasak adalah: “Penuhkan dapur anda dengan keperluan seperti beras perang, herba kering dan rempah-ratus.” Selain itu, sumber protein perlu sentiasa ada, bersihkan dan simpan di dalam peti sejuk sehingga diperlukan nanti. Sos boleh disediakan dalam kuantiti banyak dan disimpan di dalam beg kedap udara. Anda juga boleh bekukan dan simpan sebagai kiub ais! Untuk sediakan

comfort food dengan pantas pula, jangan lupa sediakan smoothies. Pisang beku adalah bahan terbaik sebagai asas

smoothies yang enak.”

Selain memastikan kesemua bahan tersedia dengan baik, cara lain untuk mudah mendapatka­n comfort food apabila diperlukan adalah dengan menyediaka­nnya terlebih dahulu. “Ia adalah keperluan isi rumah moden. Tetapi, adalah penting untuk memahami dan mengamalka­n konsep penyimpana­n serta pemanasan semula makanan. Menunggu makanan untuk sejuk terlebih dahulu sebelum masukkan ke dalam peti sejuk adalah penting supaya tidak mengganggu suhu makanan lain yang tersimpan di dalamnya. Makanan tidak boleh disimpan di luar selama lebih daripada dua jam. Hidangan yang dibakar dan sayuran panggang juga hendaklah dipanaskan semula di dalam ketuhar dan bukannya ketuhar gelombang mikro.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.