KEPUASAN HIDANGAN MANIS

Pelbagai pilihan manisan yang boleh anda dapatkan untuk memenuhi cheatday anda!

Jelita - - Sajian -

Manisan Ais Kisar

Lokasi khusus untuk pencinta manisan, Chewie Mellow, membawa aneka pemanis mulut istimewa yang sangat mengujakan. Chewie Mellow menyediaka­n bebola taro yang dibuat sendiri pada setiap hari untuk menjamin kualiti rasanya. Mereka juga berusaha menyediaka­n sesuatu yang istimewa seperti bebola nasi dan bebola taro yang diperbuat daripada matcha, ubi keledek, ubi ungu dan keladi. Hidangan ais kisar di sini menjadi kegemaran ramai. Ia disediakan dengan cukup teliti hingga terhasilny­a ais kisar yang lembut dan gebu. Hidangan ini hadir dalam empat pilihan rasa iaitu Herb Jelly, Soy Bean, Matcha dan Milk Tea (Teh Peng). Bagi memenuhi kehendak selera semua, hidangan di Chewie Mellow boleh dihidangka­n panas mahupun sejuk. Pearl Milk Ice Tea, Purple Potato Soya Ice serta Brown Sugar Chewie Jelly Ice turut menjadi pilihan rata-rata pelanggan mereka. Tidak cukup dengan itu, anda boleh juga cuba Milky Mochi yang menggunaka­n susu segar. Mochi ini memiliki tekstur yang tidak melekit dan berbentuk seperti doh. Anda boleh memilih perisa kacang, kelapa, coklat atau matcha.

Turut menyediaka­n hidangan ringan selain pemanis mulut

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.