RAHSIA JAYAKAN DEKORASI BERMOTIF

Jelita - - Hias Rumah -

Terapan corak dan motif yang seimbang serta tidak keterlalua­n memainkan peranan yang amat penting dalam usaha menjayakan sentuhan kreatif anda. Tidak perlu berusaha terlalu keras, hinggakan rumah tampak serabut. Anda hanya perlu tentukan terlebih dahulu apa yang anda mahukan. Apakah tema utama kediaman atau ruang tertentu yang anda mahukan? Adakah corak atau motif itu perlu hadir pada kusyen, permaidani, dinding atau sofa anda? Apakah jenis corak yang berkenan di hati dan sesuai dipadankan dengan tema pilihan untuk kediaman?

Berikut adalah panduan berguna serta rahsia bagaimana untuk menjadikan idea padanan bercorak yang pelbagai ini berjaya direalisas­ikan.

1 Tetapkan Tema

Buat pemilihan konsep yang anda mahukan untuk ruang kediaman anda. Dengan berbuat sedemikian, anda mampu mengawal susun atur dan barang yang harus diletakkan pada ruang. Cuba jadikan sumber seperti majalah dan laman sesawang sebagai idea tata rias jika anda buntu dalam membuat keputusan.

2 Pilih Warna Asas

Jadikan rona putih atau krim lembut sebagai warna asas atau warna latar utama yang dapat memberi keseimbang­an dan harmoni dalam keseluruha­n dekorasi. Kemudian anda boleh mula atur perabot dan item perhiasan yang dimahukan.

3 Konsep Yang Selari

Pastikan pemilihan item harmoni dan selari dengan imej tertentu yang mahu anda sampaikan pada ruang kediaman. Jangan terlalu berani hinggakan konsep asal rumah anda terlihat menyakitka­n pandangan.

4 Pencahayaa­n Semula Jadi

Pastikan kediaman anda menerima pancaran terus cahaya matahari supaya ruang sentiasa nampak terang dengan ilusi luas. Cahaya yang terang membantu ruang terlihat lebih santai dan tidak serabut.

5 Padanan Lembut

Selitkan juga beberapa kemasan lembut yang dapat mengindahk­an lagi dekorasi menonjol yang telah anda pilih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.