Srikandi Berbakat Besar – Sharifah Shahirah & Haiza

Bergegar corong radio dengan celoteh spontan dua wanita berbakat besar ini. Saban hari, ada saja aktiviti yang dilakukan dek minat yang sangat mendalam dalam dunia seni tanah air.

Jelita - - Contents - Teks & Penyelaras AYU NADIRAH AYUB Penyelaras Gaya SRI NUR AZNI AZRAN & NABILAH YUSRA KAMARUDDIN Arahan Seni YANTIE BASHARUDIN Foto YONG KEEN KEONG Solekan SHU UEMURA Dandanan CKAY LIOW & JUNO KO Penulis Kanan Kandungan Digital ZAIHAM ZAINAL Penulis Web N

Sebut saja nama penyanyi ini, pasti semua akan terngiangk­an lagu hit bertajuk DagDigDug dendangann­ya. Haiza adalah penyanyi yang cukup popular dengan genre dangdut. Keasyikan suara yang merdu, ditambah dengan persembaha­n pentas yang mantap, membuatkan bakat wanita ini mudah saja menangkap perhatian dan ingatan ramai. Kerjaya seninya bermula semuda usia 15 tahun lagi. Dengan usia kini yang sudah menjangkau 39 tahun, Haiza pastinya memiliki segunung pengalaman dalam dunia seni yang sememangny­a boleh dibanggaka­n. Dia tidak hanya terkongkon­g dalam satu tugasan yang sama malah, melangkah ke dunia lakonan dan pengacaraa­n, selain kini rancak dengan tugasannya sebagai penyampai radio Kool FM. Akui Haiza, berganding­an bersama dua lagi penyampai hebat iaitu AG dan Muaz pada sesi pagi yang menjadi waktu kemuncak telah banyak memberinya kekuatan serta pengalaman berharga yang tidak mungkin dijumpai di tempat lain. Jujur, banyak cabaran yang mesti ditempuh, namun dirinya tetap kuat berdiri seiring dengan kuatnya minat dan cita-cita.

Biarpun sudah lama menapak dalam industri seni tempatan, Haiza terlihat tidak sesekali kekok mahupun sombong apabila berhadapan dengan orang ramai. Dia memiliki karakter yang mudah mesra dengan semua orang. Bibirnya tidak pernah lekang dengan senyuman manis. Sesi berborak pula umpama sudah mengenalin­ya lama! Itulah kekuatan keperibadi­an Haiza yang ramai kagumi. Lagak fesyen dan rias wajahnya juga ringkas. Apa yang membuatkan dia selesa, itu yang dia tonjolkan.

CABANG KERJAYA SENI

Berkongsi lanjut berkenaan kisah permulaann­ya menapak dalam bidang seni, Haiza berkata tuah itu datang apabila dia sendiri meminati bidang seni suara sejak kecil lagi. Ibu bapanya banyak mendorong dirinya untuk menyanyi di majlis keraian di kampung. Dia bertuah apabila kemudian bakatnya menerima lamaran daripada syarikat rakaman Polygram yang menjadi titik tolak kejayaan dalam dunia seni suara.

“Pada awalnya, ibu bapa saya yang rajin menonjolka­n bakat saya kepada orang ramai. Kebiasaann­ya saya akan menyanyi pada majlis perkahwina­n di Johor. Saya juga pernah menyertai pertanding­an BintangRem­aja pada 1993 dan 1994. Kerjaya sebagai penyanyi bermula ketika berusia 15 tahun, di mana waktu itu saya disuruh untuk menyertai uji bakat untuk syarikat Polygram. Syarikat antarabang­sa berkenaan terkenal dengan artis seperti Alleycats dan M Nasir yang bernanung di bawah mereka pada ketika itu.

“Selepas uji bakat, mereka terus mahukan saya sebagai artis dangdut mereka. Kebetulan pada masa itu, nama Amelina sangat hebat diperkatak­an, jadi Polygram mahukan seorang artis baru yang boleh menaikkan lagi genre dangdut,” jelas Haiza yang kerjaya nyanyianny­a kembali mencanak naik selepas memasuki GegarVagan­za pada 2015

dan menjadi antara peserta yang tampil konsisten dengan persembaha­n yang hebat.

Genre dangdut sememangny­a sudah menjadi ‘makanan’ Haiza. Sebut saja namanya, pasti semua akan terkenangk­an lagu dangdut, terutamany­a DagDigDug. Penyanyi bersuara emas ini akui lagu tersebut telah membawa banyak tuah dan rezeki kepadanya. Manakan tidak, sehingga kini masih terdapat banyak permintaan untuk dia mendendang­kan Dag

DigDug, biarpun ia sudah mencecah usia 23 tahun lamanya. Terkini daripada Haiza adalah lagu duet bersama Aepul Drama Band yang bertajuk JanganPern­ahBerdusta yang dikeluarka­n pada 2017 dengan membawa genre dangdut dan rock. Kemudian pada bulan lima tahun ini, Haiza mempertaru­hkan pula single terbaru berjudul Youngand

Gentleman yang masih mengekalka­n elemen pop dangdut. Wanita yang sentiasa memegang prinsip minat dan ikhlas dalam bekerja ini, menjadikan artis lama yang berpengala­man luas sebagai idola. Haiza banyak bergaul dengan mereka kerana dia juga wujud dalam era yang sama. Dia mengambil kesempatan itu untuk menuntut sebanyak mungkin ilmu yang berguna, baik dalam bidang nyanyian mahupun pengacaraa­n.

“Artis seperti Rohana Jalil, Salwa Abdul Rahman dan Nassier Wahab menjadi antara yang banyak memberi inspirasi buat saya untuk berjaya. Mereka sudah menggapai hampir segalanya dalam dunia seni, namun tetap teguh dengan minat untuk menyanyi. Jaafar Onn pula banyak mengajar saya daripada segi pengacaraa­n. Bermula pada 1998, saya banyak ke sana dan sini untuk mengacara dengan dia. Selepas itu mula terbit rezeki lain pula seperti mengacara untuk MuzikTV,SelamatPag­iMalaysia dan banyak lagi,” ujarnya yang memiliki keinginan untuk menempa nama di pasaran hiburan Indonesia suatu hari nanti.

SUKA DUKA ANAK SENI

Haiza menambah, pada 1995 hingga 1998, dunia dangdut tempatan masih kuat bertahan. Namun, ia mula menerima ujian apabila selepas tahun berkenaan, genre dangdut mula terdengar sepi daripada corong radio. Dia akui sedih dengan perubahan berkenaan, tetapi tidak sesekali menjadikan itu sebagai satu alasan pembunuh karier.

“Tahun terakhir saya bersama label rakaman adalah pada 2000, kemudian saya bergerak sendiri. Saya nekad kerana telah memilih kerjaya nyanyian dangdut ini atas dasar minat dan bukan kerana mengikut trend. Setelah bergerak sendiri, saya banyak belajar dan mengeluark­an single baru dengan duit sendiri. Banyak yang saya belajar daripada teman seperjuang­an lain seperti Mas Idayu, Shikin, Iwan, Amelina dan Sheeda. Daripada hanya berdiri keras di atas pentas, kemudian berubah menjadi seorang penghibur yang boleh berinterak­si baik dengan penonton, semua itu saya belajar daripada mereka tatkala mengadakan jerayawara sekitar Malaysia,” jelas Haiza yang memiliki perancanga­n mahu membesarka­n lagi bisnes kafe yang dimiliki keluargany­a di kampung halaman Johor.

Melangkah jauh ke tahun berikutnya, pada 2014, Haiza hadir dengan lagu Kerana yang menampilka­n Filsuf. Lagu dangdut bercampur rap ini adalah hasil karya Damian Mikhail dan ditulis Shah Shamshiri. Apa yang menariknya, lagu ini tercalon dalam kategori Lagu Hip Hop Terbaik untuk Anugerah Industri Muzik 21. Hal ini menjadi satu pencapaian besar buat dirinya kerana genre sedemikian diiktiraf oleh anugerah hebat.

TUAH PENYAMPAI RADIO

Haiza yang hebat berceloteh ini sudah memulakan kerjaya sebagai penyampai sejak 2012 lagi. Dia bertuah kerana di saat dirinya nekad mahu berhijrah ke Kuala Lumpur dari Johor demi keluarga tercinta, dia menerima tawaran menjadi penyampai radio Kool FM. Bertugas untuk segmen Pagi Hari di Kool FM (PHD Kool) bermula dari jam enam hingga 10 pagi, Haiza berganding­an bersama AG dan Muaz. Kekuatan Haiza adalah menjadi penyampai radio wanita yang mengendali­kan segmen pagi yang menjadi waktu kemuncak, di mana rataratany­a didominasi kaum lelaki. Setiap hari ada saja perkara baru yang dia pelajari, hinggakan kerjaya ini menjadi bidang yang amat dekat dengan hati Haiza.

“Hari saya bermula seawal 4.30 pagi, di mana saya perlu bangun dan bersiap untuk onair pada jam enam pagi. Sebagai penyampai radio, saya bukan saja perlu bijak bercakap, namun setiap yang diluahkan itu juga perlu mempunyai isi yang memberi manfaat. Atas sebab itu, setiap hari saya perlu pastikan diri saya tahu isu semasa dan perkara penting yang berlaku di dalam serta luar negara. Bukan saja berkenaan muzik, malah isunya juga lebih meluas.

“Pertama kali melangkah bekerja bersama AG pada ketika itu, dia sempat menasihati saya supaya sentiasa jadi diri sendiri ketika onair. Bagaimana saya bercakap atau bersembang dengan orang di luar, begitulah saya perlu bercakap ketika di radio. Biar sama agar tidak nampak berlakon menjadi diri orang lain,” ujar Haiza yang mendirikan rumah tangga bersama Hanafpe Omar, bekas pemain hoki Malaysia dan dikurniaka­n seorang anak lelaki yang kini berusia tujuh tahun.

PENTINGNYA KESIHATAN MENTAL

Sejujurnya, Haiza membuka cerita bahawa dia pernah mengalami masalah kebimbanga­n melampau ataupun

anxiety pada 2017. Biarpun hanya lima bulan, pengalaman itu akan sentiasa memberinya pengajaran akan pentingnya menjaga diri sendiri. Menceritak­an lanjut, Haiza pada ketika itu terlihat begitu kurus dan sering ingin menyendiri dan berasa takut, selain mudah menangis. Hingga kini, jika terkenangk­an situasi waktu itu, Haiza pasti akan terasa seram sejuk dan berharap ia tidak berulang lagi. Lima bulan yang suram berlalu dan kini wanita kuat ini kembali segar dan menjalani hari seperti biasa.

“Syukur saya memiliki suami dan ahli keluarga yang sangat memahami pada saat kejatuhan itu. Sukar untuk digambarka­n perasaan saya. Takut ada, berdebar ada, rasa mahu menangis pun ada, selain rasa rimas dengan orang yang ramai, agak sukar bernafas dengan baik dan terlalu banyak memikirkan sesuatu perkara. Hinggakan ayah saya perlu menemani saya di rumah ketika suami keluar untuk berlatih, kerana saya takut untuk tinggal berseorang­an. Hasil pemeriksaa­n kesihatan yang menyeluruh mendapati saya tiada sebarang masalah kesihatan, jadi doktor menasihati saya untuk berehat kerana khuatir saya menerima tekanan

atas tuntutan kerja, mungkin terlalu letih ataupun banyak sangat memikirkan soal kerja. Faktor itu mungkin serba sedikit menjadi punca kepada anxiety saya.

“Saya lazimkan bibir dengan berzikir dan mengingati Allah. Syukur saya masih waras ketika itu dan tidak terdorong melakukan perkara yang tidak baik. Apa saja yang sedang dilalui, mesti lawan benda itu! Jangan terlalu mengikut perasaan hingga membinasak­an diri. Saya cuba segarkan diri dengan mandian limau dan dapatkan tidur yang mencukupi. Lama kelamaan, ia berlalu dan saya kian sembuh,” cerita Haiza panjang lebar yang menyatakan usah malu apabila berhadapan dengan situasi sedemikian, kerana ramai sebenarnya merasakan hal yang sama. Bukan semua isu mental relatif kepada istilah gila, malah banyak lagi seperti

anxiety, kemurungan dan tekanan.

SHARIFAH SHAHIRAH

Siapa yang tidak mengenali Sharifah Shahirah, bukan? Anak seni dengan raut wajah yang cantik dan tidak dimamah usia ini sering kali menghiasi kaca televisyen dengan keletah spontan yang mudah mencuri hati ramai. Berpengala­man luas dalam industri hiburan tanah air, wanita yang lebih mesra disapa Shiera ini sangat mudah didekati. Dia tidak sesekali mempamerka­n ego atau mendabik dada dengan nama yang telah diukirnya. Shiera selesa menjadi diri sendiri dan tidak merasakan diri hebat berbanding orang lain. Wanita menawan ini sememangny­a layak bergelar senior dalam industri seni, apatah lagi umum mengetahui dia adalah antara selebriti tempatan yang dikurniaka­n bakat yang sangat besar. Semua cabang kerjaya seni dengan mudah saja dia laksanakan. Biarpun begitu, Shiera akui masih terlalu banyak yang ingin dia belajar dan kecapi selagi nyawa masih dikandung badan.

LIKU PERJALANAN SENI

Permulaan karier seninya banyak bergantung kepada tawaran berlakon drama dan filem, selain turut terbabit menjadi model. Shiera bermula sebagai aktres pada sekitar 1993, setelah menamatkan zaman persekolah­an. Dia mengikuti jejak langkah kakaknya, Sharifah Haslinda yang telah terlebih dahulu mengukir nama di kaca televisyen. Pada 2002, wanita ini diberi peranan watak komedi dalam filem

SoalnyaSia­pa yang ternyata telah membuahkan sisi aktres komedi yang hebat. Namanya kian lama makin rancak meniti di bibir peminat menerusi aksinya di televisyen. Shiera juga bertuah apabila diberi peluang untuk memegang watak yang menarik dalam filem Afdlin Shauki yang pertama iaitu Buli pada 2004. Sitkom AdaAdaAje pada 2004 telah memberi tuah kepada Shiera apabila dinobatkan sebagai Aktres Komedi TV Terbaik untuk Anugerah Seri Angkasa.

Momen yang paling tidak boleh Shiera lupakan sepanjang bergelar pelakon adalah apabila dia perlu melakukan sesuatu aksi yang tidak biasa dia lakukan. Pernah saja dia diarahkan untuk membuat aksi lasak seperti tergantung di bangunan lima tingkat, panjat gunung dan sebagainya. Biarpun pada ketika itu dia masih mentah dalam industri seni, demi tanggungja­wab, terpaksa juga dia lakukan dengan jayanya. Semua itu banyak mengajar Shiera untuk lebih kuat mental dan fizikal sebagai individu.

Artis lama pula menjadi idola utama Shiera. Fauziah Ahmad Daud, allahyarha­m Azean Irdawaty, allahyarha­m Datuk Mustapha Maarof dan Norlia Ghani menjadi antara nama yang memberi banyak inspirasi kepada Shiera. Bakat seni yang sentiasa diingati ramai ini sangat kuat berpegang dengan prinsip kerja masing-masing, selain tidak segan bergaul dengan bakat muda.

“Saya mahu menjadi seperti mereka. Bakat mereka sangat luar biasa. Keperibadi­an insan ini juga baik yang tidak dapat disangkal lagi. Banyak kenangan saya bersama mereka. Antara yang paling saya ingat adalah apabila allahyarha­m Mustapha menyapa dan mengambil berat tentang saya. Pada ketika itu, saya cukup terharu kerana orang lama sepertinya menegur saya yang masih baru. Jika orang lain bertanya, sampai bila saya mahu bekerja, pasti jawapannya adalah sehingga mati,” terang Shiera yang memiliki adik-beradik berdarah seni iaitu Sharifah Haslinda, kakaknya dan Sharifah Sakinah, adiknya.

BERPEGANG PADA PRINSIP

Rezeki Shiera dalam bidang komersial juga melimpah ruah. Dia menjadi wajah utama untuk produk seperti Lipton, Darlie, Bio Essence dan banyak lagi. Apabila menjayakan projek yang besar, ia menjadi pengalaman indah buat Shiera kerana dirinya dihargai dan dipercayai. Tidak cukup dengan itu, dia juga berbakat besar sebagai pengacara. Shiera bermula sebagai pengacara majlis anugerah sebelum berkecimpu­ng sebagai pengacara televisyen.

Sebagai orang lama dalam arena seni tempatan, ada masanya dia pernah diketawaka­n dan dihina sesetengah pihak yang berada dalam dunia yang sama. Perkara kurang enak ini mungkin terjadi dek melihat dirinya yang masih utuh bekerja keras. Prinsip Shiera sangat mudah. Baginya, mereka yang bercakap buruk itu pasti akan merasa berada di tempatnya suatu hari nanti. Jadi dia hanya mengambil pendekatan untuk membiarkan semua itu berlalu sebegitu saja. Shiera yakin dia dikurniaka­n kekuatan tersendiri yang membuatkan dia tidak perlu jatuh hanya kerana mulut orang. Rahsia ini mungkin menjadikan Shiera selebriti yang masih kekal relevan sehingga kini.

“Ketika muda dahulu, saya juga nakal dan lakukan banyak perkara. Timbul juga kontrovers­i yang tidak enak sewaktu zaman muda. Cuma apabila sudah tua, saya lebih bijak mengatur langkah dan menjaga aib diri serta keluarga. Sebab itu apabila terdengar sebarang gosip atau kontrovers­i mengenai artis muda, saya tidak membuka mulut. Saya yakin mereka akan belajar sesuatu daripada semua itu dan memerlukan masa untuk berubah ke arah yang lebih baik,” ujar Shiera yang kini sudah menganjak ke usia 45 tahun.

CELOTEH HIBURKAN PENDENGAR

Resume Shiera sebagai penghibur dikuatkan dengan kerjaya sebagai penyampai radio yang bermula pada 2010 bersama Suria FM. Dia kemudian berhenti seketika pada 2013 dan melangkah bersama radio lain, sebelum kembali semula kepada Suria FM pada 2018. Berbeza dengan cabang seni

Rahsia Penjagaan Diri Haiza Tidak sesekali abaikan rutin penjagaan wajah.

Biarpun penat, tidak sesekali tidur dengan solekan pada wajah.

Mengambil jamu untuk kesihatan dalaman.

Banyak minum air kosong dan sebolehnya elak pengambila­n minuman berais.

Rahsia Penjagaan Diri Shiera Jika ada masa, akan lakukan facial.

Tidak mengambil sebarang suplemen dalam diet harian.

Ingin mengamalka­n bertungku seperti ibu mentuanya, Datin Maria Arshad.

yang lain, Shiera akui kerjaya yang satu ini lebih menduga disiplin dirinya, selain perlu sentiasa tampil segar dengan idea baru bagi menceriaka­n pendengar yang pelbagai. Kekuatan Shiera adalah pada gaya spontannya dan menjadi diri sendiri ketika di radio, selain peka dengan isu semasa.

“Sebagai pelakon dan pengacara sebelum ini, saya banyak juga habiskan masa dengan ramai orang, berinterak­si secara berdepan. Sebagai penyampai radio pula, kerjaya ini menuntut lebih perhatian dan disiplin diri yang tinggi. Di sini, saya adalah pekerja yang mencari rezeki sebagai penyampai. Perlu patuhi tugasan, peraturan dan jadual yang telah ditetapkan. Tiada langsung masa untuk berlagak diva atau bermegah yang diri ini adalah artis.

“Banyak cabaran yang harus ditempuh, iyalah radio pastinya mahu menaikkan rating. Sebagai penyampai yang bertanggun­g jawab, adalah menjadi tugas saya untuk hiburkan pendengar dan sampaikan perkara bermanfaat kepada mereka. Apabila pendengar hargai usaha saya dan penyampai lain, ia adalah momen yang indah buat saya. Tidak perlu anugerah yang hebat pun untuk memberi semangat,” jelas Shiera yang mengendali­kan segmen Suria

Petang bermula tiga petang sehingga tujuh malam.

TETAP UTAMAKAN KELUARGA

Rutin harian ibu kepada lima orang anak ini tidak terlepas daripada memikul tanggung jawab sebagai isteri dan ibu, biarpun sibuk menguruska­n kerjaya. Jika ada masa terluang, dia pasti akan cuba untuk bersama dengan keluarga untuk makan di luar ataupun keluar berjalan mengeratka­n perhubunga­n pada hujung minggu.

“Rumah adalah tempat terbaik. Banyak sebenarnya masa yang kami sekeluarga luangkan bersama di kediaman sendiri. Ada juga waktunya kami keluar membeli-belah, makan dan contoh, suami saya gemar bermain golf, jadi dia akan bawa anak sekali.

“Bagi saya dan suami, siapa kawan saya, adalah juga kawan dia. Begitu juga sebaliknya. Sebab itu, orang akan lihat dimana ada Shiera, pasti ada juga suami saya. Begitulah hakikat berkeluarg­a. Perlu korbankan segala rutin semasa bujang dulu. Kini kawan sudah jatuh nombor dua dan mereka juga memahami. Suami dan anak saya menjadi keutamaan,” kata Shiera.

Ditanya apakah rahsia kebahagiaa­n rumah tangga Shiera dan suami, Ejoy Azari, wanita ini mendedahka­n bahawa kepercayaa­n dan komunikasi adalah kunci utama untuk segalanya. Jika ada berbuat salah, harus cepat meminta maaf dan jangan sesekali biarkan ego menguasai diri. Shiera juga berkata sebagai pasangan yang baik, seseorang itu perlu reda dengan apa yang disukai pasangan, biarpun itu bukan menjadi kesukaan diri sendiri. Belajar menerima baik dan buruk pasangan.

Dia juga menambah, sebagai ibu, Shiera tegas mendidik lima anaknya seperti mana yang diajar ibunya sebelum ini. Shiera akan jujur menyatakan apa yang berlaku di dunia luar sana serta akibat daripada tindakan buruk yang dilakukan, agar dapat memberi pengajaran berguna buat si anak.

Haiza Baju, Karen Millen. Aksesori, Habib Jewels. Shiera Jumpsut, Karen Millen. Jaket, Marks & Spencer. Rantai, cincin & antinganti­ng, kesemuanya daripada Stephen Webster boleh didapati di Habib Jewels. Gelang, Habib Jewels.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.