KECANTIKAN

Cipta Asas Solekan Mulus

Jelita - - Contents -

1 BEDAK ASAS CECAIR

Sapukan bedak asas cecair pada wajah dan ratakannya. Terdahulu, siapkan kulit wajah dengan sapuan krim pelembap.

4 KONTUR WAJAH

Untuk memberikan bentuk wajah yang lebih tirus, kontur wajah dengan aplikasi contouring di atas rahang pipi.

5 LITUPAN NATURAL

Lengkapkan­nya dengan pupukan padu bedak polos pada keseluruha­n wajah untuk memberikan litupan natural.

2 PRIMER WAJAH

Untuk memberikan efek kilau dan bersinar, oleskan primer yang dirumus dengan ekstrak mutiara ini.

3 LINDUNGI CELA

Seterusnya, lindungi kesan bawah mata yang hitam dengan penyamar noda. Ratakannya pada wajah.

Ramai yang menyangka mencipta asas solekan hanya perlukan dua langkah iaitu cecair bedak asas dan sapuan bedak padat atau bedak debu untuk menyudahka­nnya. Sebenarnya, jika anda inginkan kanvas solekan sempurna atau dalam erti kata lain ia tidak mudah bercapuk, tidak mudah luntur dan segar sepanjang hari, ia perlukan teknik yang lebih dan harus berikan lebih perhatian ketika merias wajah.

Untuk isu ini, Fiqqi Abdullah, jurusolek profesiona­l, menunjukka­n langkah penting ketika mencipta asas solekan menggunaka­n rangkaian terbaru Revlon. Menurutnya, antara tip yang harus anda tahu ialah penggunaan produk penjagaan wajah mengikut urutan rutin cantik membantu menyediaka­n kulit wajah yang lebih segar, berseri dan tampak sihat.

“Kenal pasti terlebih dahulu jenis kulit dan pilih produk yang bersesuaia­n. Penggunaan serum atau pelembap wajah penting kerana ia memudahkan tekstur solekan untuk menyerap dengan lebih pantas ke dalam kulit wajah bagi mencipta kompleksi wajah yang mulus dan segar. Bukan itu sahaja, warna yang dioleskan juga melekat dengan sempurna, lebih berpigmen dan kekal lebih lama pada kulit wajah,” katanya.

Menurutnya lagi, sebaiknya pilih mekap yang mengandung­i formulasi kebaikan untuk kulit. Anda bukan sahaja mahu produk mekap yang cantik dari segi warna, tetapi baik juga untuk kulit wajah.

“Selain itu,antara kesalahan yang sering dilakukan ketika mencipta asas solekan ialah pemilihan rona cecair bedak asas dan penyamar noda.WanitaAsia terutamany­a mempunyai tona kulit yang kuning atau yellow base agak sukar untuk mendapatka­n rona yang sesuai kerana jika salah rona, solekan boleh menjadi kelabu.Untuk itu,dapatkan bantuan pakar ketika anda ingin membelinya,” katanya.

Fiqqi Abdullah Jurusolek Profesiona­l

Cuba ini juga! SephoraCol­lection RougeSatin Lipstick,RM52

Selepas

Sebelum

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.