SAJIAN

Cara Tentukan Ikan Segar

Jelita - - Contents - Chef Imelda Harris Chef Selebriti & Pemilik Hydeout Mont Kiara

Pemilihan bahan mentah untuk masakan anda setiap hari adalah sangat penting. Ia menjamin kualiti hidangan yang baik, selain dapat menjimatka­n duit. Kali ini anda diberi peluang untuk mengetahui dengan lebih lanjut akan cara memilih ikan yang baik dan segar, selain kaedah betul dalam menyiang ikan.

CARA MEMILIH IKAN SEGAR

Mata Pastikan mata ikan jernih atau kebiruan dan masih terdapat lendir lagi. Paling penting, jangan beli ikan yang matanya merah kerana itu menandakan ikan sudah tidak segar.

Insang Selak insang ikan dan pastikan masih lagi merah dan berlendir. Jika sudah nampak seakan-akan kelabu, ikan mungkin telah lama dibekukan.

Isi ikan Tekan sedikit pada bahagian badan ikan dengan jari. Pastikan isi ikan pejal dan tidak lembik.

Perut ikan Tekan betul-betul pada bahagian perut ikan dengan jari secara perlahan. Jika terasa lembik, jangan beli ikan berkenaan kerana ia menandakan ikan itu sudah lama dan tidak segar.

CIRI LAIN IKAN SEGAR

▶ Warna kulit terang dan cerah.

▶Isi ikan apabila ditekan akan terasa keras.

▶ Mata jernih menonjol dan cembung.

▶ Sisik ikan masih kuat melekat dan tidak tanggal.

▶ Insang berwarna merah.

▶ Sirip kuat dan tidak tertanggal.

▶ Kulit dan isi ikan tidak mudah robek terutamany­a pada bahagian perut.

▶ Tidak berbau busuk.

CIRI IKAN BUSUK

◆ Mata suram dan tenggelam.

◆ Sisik suram dan mudah tanggal.

◆ Warna kulit suram dengan lendir tebal.

◆ Insang berwarna kelabu dengan lendir tebal.

◆ Dinding perut terasa lembik.

◆ Warna ikan suram dan berbau busuk.

CARA MENYIANG IKAN

1 Gunakan alatan yang tajam dan sesuai; gunting dapur, pisau dan papan pemotong.

2 Potong kepala ikan, kemudian belah perut menggunaka­n gunting yang tajam.

3 Pegang bahagian insang dan tarik sehingga semua isi perut terkeluar sekali.

4 Gunakan hujung pisau yang tajam dan korek sehingga tertanggal semua darah beku.

5 Lalukan ikan pada air paip yang mengalir. Basuh sehingga bersih.

6 Masukkan ke dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.