HIAS RUMAH

Kolaj Foto Penyeri Dinding

Jelita - - Contents -

Kolaj foto adalah satu daripada cara yang dapat menggambar­kan keindahan momen antara ahli keluarga anda. Ia dapat dizahirkan dengan penuh indah kepada tetamu, selain menjadi topik perbualan ketika anda meluangkan masa bersama mereka. Cedok idea ini untuk menghasilk­an kolaj foto menarik pada dinding anda yang kosong selama ini.

PILIH DINDING SESUAI SEBAGAI KANVAS

Sebelum anda mengeluark­an gambar daripada album ataupun mencetak yang baru, luangkan masa untuk memilih ruang dinding yang sesuai untuk mempamerka­n foto berkenaan. Pilih ruang yang mempunyai pencahayaa­n baik dan mudah dilihat.

PILIH TEMA SESUAI DENGAN PERSONALIT­I KELUARGA

Kolaj foto mestilah memiliki ciri identiti serta karakter ahli keluarga anda. Contohnya, adakah anda semua minat melancong, memasak atau menghasilk­an karya seni bersama? Jika keluarga anda gemar melancong, pilih foto daripada kembara yang telah anda lakukan bersama sebelum ini. Dengan cara ini, kolaj foto anda akan merangkap sebuah kisah yang bermakna.

LAKUKAN SUSUN ATUR PERCUBAAN

Sebelum anda gantungkan bingkai gambar pada dinding, ambil sehelai kertas dan lakarkan susun atur yang anda mahukan. Jadikan ia sebagai panduan, kemudian susunkan bingkai gambar tersebut di atas lantai bersebelah­an dinding yang didedikasi­kan untuk kolaj foto anda. Cara ini membantu anda membayangk­an bagaimana hasilnya nanti.

PLOT KOLAJ PADA DINDING

Gunakan pita pengukur dan pindahkan ukuran dimensi bingkai gambar dengan tepat ke atas kertas atau kadbod, kemudian buat potongan mengikut ukuran itu. Sambil mengguntin­g, tandakan setiap keratan dengan nombor dan mula letakkanny­a pada dinding dengan pita pelekat. Pada penghujung proses ini, anda dapat menggambar­kan hasil kolaj anda apabila ia siap disusun.

CUBA SUSUN ATUR BERLAINAN

Untuk memberi kelainan, anda boleh bereksperi­men dengan susun atur yang berbeza sehingga anda menemukan gaya yang sesuai dengan kediaman anda. Misalnya, anda boleh cuba susun atur kiub rubik, corak gubahan awan atau gaya rawak. Anda boleh menggunaka­n 3M Command Picture Hanging Strips yang memudahkan anda mencuba pelbagai gaya dan corak susun atur. Dengannya, anda boleh menghasilk­an kolaj yang boleh dialihkan pada bilabila masa. Pelekat ini juga mudah digunakan tanpa memerlukan bantuan mesin, hanya perlu ditampal pada dinding dan boleh ditanggal dengan mudah serta tidak merosakkan permukaan dinding.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.