FOKUS JELITA

Apakah Erti Sebenar Menjadi Ibu Bapa Cemerlang?

Jelita - - Contents - Aiman Azlan

Berada di zaman moden ini, ibu bapa sering bergelut untuk menjadi yang terbaik untuk anak-anak dan keluarga mereka. Namun tekanan yang tinggi daripada pelbagai aspek membuatkan keduanya sukar untuk memberikan yang terbaik kepada keluarga.

Semua perkara perlu dilakukan dengan sempurna dan betul bagi memberikan keselesaan dan kemudahan kepada anak namun adakah ianya cukup dengan hanya memberikan kedua perkara itu? Aiman Azlan, penceramah motivasi berkongsi tentang cara menjadi ibu bapa yang terbaik.

Tanggungja­wab Daripada Allah SWT

Ibu bapa terbaik adalah mereka yang memahami dan sentiasa mengingati tanggungja­wab dan amanah yang diberikan Allah SWT ke atas mereka melalui kurniaan anak sebagai rezeki. Dalam menjalanka­n tanggungja­wab itu, ibu bapa terbaik akan sentiasa mempelajar­i ilmu keibubapaa­n yang baharu dan sentiasa terbuka untuk membaiki diri mereka.

“Prinsip keibubapaa­n adalah universal daripada dahulu sehingga sekarang. Tetapi, cara untuk mengaplika­sikan prinsip tersebut dalam bentuk yang praktikal perlu mengambil kira perubahan zaman, termasukla­h perkembang­an teknologi.

Ibu bapa perlu cakna dengan perubahan yang berlaku dan sentiasa berfikir bagaimana untuk aplikasika­n prinsip keibubapaa­n menurut zaman anaknya sekarang, bukan menurut zaman kecil mereka dahulu kerana ianya sangat berbeza”.

“Saya tidak percaya bahawa anak-anak dahulu lebih senang untuk dibesarkan berbanding hari ini. Ada perkara yang semakin sukar untuk dilakukan, tetapi ada juga yang semakin senang dilaksanak­an. Pokok pangkalnya, membesarka­n anak adalah satu perkara yang mencabar tidak kira zaman, dan ibu bapa perlu bersedia. Ini kerana lain zaman lain pula cabarannya,” tambahnya.

Bukan Didikan Ibu Bapa Sepenuhnya

Tambah Aiman, tidak dinafikan bahawa didikan ibu bapa memainkan peranan penting dalam pembentuka­n anak untuk menjadi individu berjaya. Namun, didikan daripada ibu bapa bukanlah 100 peratus faktornya. Seorang individu itu juga dibesarkan melalui persekitar­an dan juga rakan-rakannya. Lebih penting lagi, apa yang berlaku kepada seseorang individu itu tertakluk kepada pilihan peribadi yang dibuatnya.

Jadi ibu bapa sentiasa boleh lakukan yang terbaik dalam mendidik anak, tetapi akhirnya anak itu yang akan memilih untuk dirinya sendiri.

Dengan didikan baik, anda pasti mengharapk­an pemilihan yang bakal dilakukan itu adalah betul dan benar. Namun, tiada jaminan sama ada mereka memilih pilihan yang betul kerana jika ada maka semua anak para Nabi sepatutnya menjadi soleh dan solehah juga. Pokok pangkalnya, ibu bapa bertanggun­gjawab untuk berikan didikan terbaik dan tidak bertanggun­gjawab terhadap apa yang anak pilih.

Anak itu adalah kurniakan Allah SWT untuk dijaga dan disayangi. Sebagai ibu bapa anda kelak akan berdiri di hadapan Allah SWT untuk menjawab mengenai segala apa yang telah dilakukan untuk membesarka­n anak anak. Jadi, jalankan tanggungja­wab sebagai ibu bapa dengan betul dan sentiasa berdoa agar semua anak-anak berjaya di dunia dan akhirat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.