FOKUS JELITA

Bagaimana Memanfaat Masa Bersama Anak?

Jelita - - Contents - Hariyati Ariffin

Masa adalah antara perkara yang penting dalam kehidupan. Tanpanya hidup insan akan menjadi tidak terurus dan kelam kabut. Ibu bapa kini lebih banyak menggunaka­n masa di pejabat kerana ingin menyiapkan kerja dan memberi alasan sibuk melakukan pekerjaan sehingga tiada masa untuk diluangkan bersama anak.

Zaman teknologi media sosial ini telah merenggang­kan hubungan ibu bapa dan anak. Ketika sedang menjamu selera gajet dibuka dan tiada komunikasi antara ahli keluarga. Masing-masing terlalu asyik melayan telefon pintar. Jadi apakah solusi kepada masalah ini? Hariyati Ariffin, Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Shah Alam berkongsi cara terbaik untuk meluangkan masa bersama keluarga.

BERI ALASAN KERJA Ibu bapa sering memberikan alasan sibuk mencari rezeki namun ia bukan alasan yang logik terutama melibatkan pengabaian anak. Apabila ini berlaku, maka anak akan mencari hiburan lain untuk mengubat kesunyian dan kemudian terjebak dalam kancah dadah, seks bebas dan sebagainya yang kini sudah terjadi pada zaman ini.

“Sudah terlalu banyak kes yang berlaku kepada anak dan semuanya melibatkan pengabaian anak dan terlalu mengharapk­an gajet untuk membantu dalam penjagaan. Anak diberi pendedahan teknologi terlalu banyak semasa kecil sehingga ketagihan. Isu ini amat penting untuk diketengah­kan bagi mengelak lebih banyak perkara buruk berlaku kepada anak.”

“Mereka ialah golongan yang bakal mencorak masa depan negara jadi ibu bapa sendiri boleh memainkan peranan dan tidak terlalu bergantung pada gajet untuk mendidik. Rancang masa dengan baik supaya dapat diluangkan bersama anak dan tidak hanya mementingk­an kerjaya sehingga anak sendiri tidak ingat kali terakhir mereka bermesra dengan ibu bapa,” katanya.

“Jadi pentingnya ibu bapa kini untuk memiliki ilmu keibubapaa­n kerana jika tidak anda akan gagal. Ketahuilah bahawa rezeki itu datang daripada Allah SWT. Pekerjaan di pejabat memang tidak pernah akan habis. Jangan terlalu ikut nafsu dan hidup bukan untuk menunjuk kekayaan. Sebaliknya masa bersama anak lebih penting dan mereka yang akan membuatkan hidup anda bahagia,” tambahnya lagi.

Keluarga yang dibina atas dasar kasih sayang dan saling menghargai setiap ahli keluargany­a akan menjadi masyarakat yang mempunyai pekerti mulia dan insan yang berakhlak tinggi. Manakala keluarga yang kurang kasih sayang pula akan mengalami masalah jiwa dan tekanan hidup di kemudian hari. Oleh itu pastikan anda sentiasa prihatin terhadap keluarga dan meluangkan masa berkualiti yang dpt membentuk mereka menjadi masyarakat yang berkualiti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.