TITIK HITAM

Bahana Duri Dalam Daging

Jelita - - Contents -

Kisah mereka yang panjang tangan di kalangan ahli keluarga sebenarnya bukanlah perkara baharu. Ramai yang mengalami sendiri dan tidak dapat berbuat apa-apa apabila adik beradik, ipar duai, sepupu sepapat dan saudara mara yang menjadi pencuri; mengambil barang keluarga sendiri. Meski ahli keluarga tahu tetapi mereka tidak mampu membuat apa-apa tindakan kerana mereka adalah ahli keluarga sendiri. Di antara rasa marah, kecewa dan kasihan, Anita* meluahkan rasanya.

Cerita mengenai birasnya yang ada tabiat buruk suka mencuri menjadi masalah kepada mereka sekeluarga. Mulanya tiada seorang pun daripada ahli keluarga suaminya menyangka yang salah seorang daripada mereka kaki mencuri. Meski hal ini terjadi sudah lebih tujuh tahun yang lalu tetapi sehingga hari ini mereka semua pendamkan begitu sahaja bimbang mengeruhka­n hubungan antara keluarga.

Keluarga suaminya agak rapat hubungan sesama adik beradik dan biasanya mereka akan berkumpul sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Mungkin tidak semua daripada tujuh beradik dapat hadir tetapi sekurangku­rangnya separuh daripada jumlah itu sudah memadai. Memang dia pernah perasan gelang tangan anak perempuann­ya hilang sewaktu dia meletakkan­nya di atas almari di ruang tamu rumah mentuanya di kampung.

“Saya yakin saya letak gelang tangan anak atas almari waktu pagi kerana menanggalk­annya daripada anak perempuann­ya usia 12 yang mengadu cangkuknya longgar dan gelang itu sudah dua tiga kali jatuh. Waktu malam bila teringat semula saya mahu ambil semula, gelang itu tidak ada lagi di situ. Puas juga saya melihat kawasan sekeliling takut gelang tersebut jatuh. Saya pelik tetapi terfikir pula mungkin saya yang salah letak. Letak tempat lain cari tempat lain. Tetapi sampai sudah saya tidak bertemu dengan gelang tersebut,” cerita Anita.

Dia telah melupakan peristiwa tersebut sehinggala­h setahun selepas itu sewaktu pulang kampung sempena majlis perkahwina­n adik bongsu suaminya dia sekali lagi kehilangan barang kemas. Kali ini rantai dan loket lama miliknya. Rantai lama ada di dalam beg tangannya kerana dia berhajat mahu menukarkan­nya dengan barang baharu sebelum pulang kampung tetapi tidak sempat untuk berbuat demikian. Sungguh dia tidak percaya sama sekali barang kemas yang diletakkan di dalam beg tangan boleh hilang kala orang semua sibuk dengan kenduri. Dia sebenarnya hanya sedar barangnya hilang bila pulang ke rumahnya sendiri.

Sejak itu dia rasa semakin pelik dan hairan kenapa sudah dua kali dia kehilangan barang di rumah keluarga suaminya di kampung. Apakan daya rasa tersebut hanya mampu dipendam dan disimpan di dalam hati. Meski dia berkongsi hal tersebut dengan suami tetapi apalah yang boleh dilakukan oleh sang suami. Paling paling suaminya hanya berkata mungkin dia salah letak dan sudah tidak rezeki untuk memujuk diri sendiri agar reda dengan kehilangan.

HARAPKAN PAGAR…

Rupa-rupanya cerita selepas majlis kahwin semakin hangat dan kecoh apabila ibu mentuanya menelefon suaminya memberitah­u duit yang diletakkan di dalam laci almari biliknya hilang. Duit sebanyak dua ribu yang disedekah tetamu kala majlis kahwin hilang tanpa dikesan. Sementelah ibu mentuanya bercerita mengenai duit yang hilang dia turut memberitah­u keluarga yang rantai dan loket miliknya juga turut diambil orang. Keluarga suaminya mengesyaki ada orang luar yang mengambil kesempatan mencuri duit dan barang emas kala semua orang sibuk dengan majlis tersebut. Tetapi entah mengapa hatinya berkata lain; dia berasa ada salah seorang di antara mereka yang menjadi gunting di dalam lipatan, menjadi duri di dalam daging mencuri barang dan hak milik ahli keluarga sendiri. Kemudian dia cepat-cepat mengusir perasaan tersebut, beristighf­ar di dalam hati kerana mengesyaki keluarga sendiri. Dia berharap sangkaanny­a salah dan pencuri tersebut bukan di kalangan keluarga tetapi orang luar.

Tetapi Allah Maha Berkuasa memperliha­tkan kebenarann­ya pada dirinya. Beberapa bulan selepas peristiwa kehilangan rantai dan duit ibu

mentuanya dia ke rumah adik iparnya. Adik ipar dan birasnya menjemput mereka sekeluarga untuk makanmakan sempena menyambut hari lahir anak bongsunya. Sedang berseronok bersama keluarga menikmati hidangan dan bersembang matanya tiba-tiba terpandang gelang yang dipakai anak saudaranya (anak adik ipar) persis gelang tangan anaknya yang hilang dua tahun lepas di rumah mentuanya. Hatinya berdebar-debar. Walaupun dia cuba menafikan tetapi mata pasti tidak dapat mendustain­ya. Apabila dia membelek gelang di tangan anak saudaranya dia tahu itu adalah gelang anaknya yang hilang dua tahun lalu.

“Selepas mendapat tahu kebenarann­ya hati saya menjadi tidak tenteram. Saya tidak dapat berlamalam­a lagi di rumah tersebut dan cepatcepat minta izin mahu pulang dengan alasan tidak sedap badan. Sampai di rumah saya bercerita dengan suami dan ternyata dia terkejut dengan cerita saya. Lama juga kami berdua duduk berfikir apakah cara terbaik untuk menyelesai­kan masalah ini tetapi sampai hari ini masih tidak selesai kerana dia tidak sanggup memberitah­u hal ini kepada adik lelakinya takut adiknya tidak percaya dan marah kerana menuduh isterinya sebagai pencuri.

Kisah duit dan barang kemas akhirnya berjangkit kepada ahli keluarga lain dua tiga tahun selepas itu. Alhamdulli­lah kini masalah itu tidak lagi kerap terjadi tetapi yang pasti boleh dikatakan hampir semua adik beradik suami yang lain turut hilang barang dan duit. Kami pernah berbincang mengenai masalah ini dan rupanya kakak ipar dan biras yang seorang lagi tahu siapakah yang mejadi duri di dalam daging keluarga. Sejak hari itu juga kami mula berhati-hati dan tidak lagi meletak barang kemas atau duit ringgit secara sembaranga­n. Meski kami semua tidak sanggup berhadapan serta bersemuka dengannya, apa yang mampu kami lakukan adalah berdoa pada Allah agar dia sedar perbuatann­ya salah dan tidak mengulangi­nya lagi,” kongsi Anita lagi.

SEJARAH BERULANG

Setelah lima tahun kisah tersebut berlalu, sewaktu keluarga berkumpul pada Hari Raya tahun lalu, sejarah telah berulang. Tetapi yang menyedihka­n adalah apabila tabiat buruk ibu turun pula kepada anak perempuann­ya yang kini meningkat remaja. Perasaan sedih Anita berganda kerana dia sendiri yang menyaksika­n perlakuan anak saudaranya mengambil bedak dan gincu anaknya sendiri. Apabila anaknya bertanya padanya apakan dia nampak gincu dan bedak berjenama agak mahal yang baru dibeli dia tergamam tidak tahu menjawab. Dia tahu mendiamkan diri bukanlah caranya kerana tabiat mencuri ini akan berterusan jika tidak diambil langkah tepat untuk menghentik­annya.

Dia juga tahu meski birasnya dan anak saudaranya sedar yang mengambil hak orang tanpa izin itu salah dan berdosa tetapi mereka tidak mampu melawan kehendak diri. Anita tahu ini perbuatan ini adalah petanda kelainan jiwa atau satu penyakit yang perlu dirawati antaranya berjumpa dengan Psikiatri. Masalah anak saudaranya yang mengikut jejak ibunya tidak dikongsi dengan sesiapa sehingga saat ini kerana dia masih lagi memikirkan apakah cara terbaik untuk memberitah­u ahli keluarga yang lain. Meskipun dia tahu mereka perlu berbuat sesuatu untuk menghalang perbuatan tidak bermoral tersebut supaya tidak menjadi tabiat buruk yang akan memudaratk­an masa hadapan anak saudaranya itu.

* Bukan nama sebenar.

“Saya berasa ada salah seorang di antara mereka yang menjadi gunting di dalam lipatan, menjadi duri di dalam daging mencuri barang dan hakmilik ahli keluarga sendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.