SANTAPAN JIWA

Elak Bahaya Fitnah Dengan Ilmu

Jelita - - Contents -

Manusia sering kali dinasihatk­an untuk menjauhi kata fitnah. Namun tahukah anda, makna kata fitnah yang sebenar? Perkataan itu berasal daripada kalimah Arab yang bermaksud bentuk ujian atau cubaan yang akan datang kepada manusia untuk membezakan antara yang benar memahami agama atau ditipu musuh agama. Kalimah itu juga dirakamkan dalam ayat 191 surah al-Baqarah yang membawa maksud ‘fitnah lebih dahsyat daripada membunuh.’

Manakala menurut kamus Dewan Edisi Keempat pula fitnah bermaksud tuduhan yang diada-adakan (dibuatbuat) untuk memburukka­n atau membencana­kan seseorang. Ini adalah definisi masyarakat melayu dengan perkataan fitnah yang sangat berbeza dengan maksud istilah fitnah dalam ajaran islam. Jelita menemu bual Ustazah Nurul Hidayah Kamarudin, Eksekutif Kanan Unit Dakwah Swasta di Pusat Pungutan Zakat (MAIWP) untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bahaya fitnah.

Fitnah Yang Disebut Al-Quran

Terdapat satu syair yang ditulis yang dikaitkan dengan fitnah:

‘Manusia itu gambaran zamannya seperti kasut sesuai dengan pemakainya. Orang-orang di zamannya hidupnya sama seperti zamannya dalam bertingkah dan berliku’

‘Demikian pula, bila zaman telah rosak manusia juga turut binasa’

Syair purba arab ini membawa satu telahan yang tepat. Ia menunjukka­n manusia hidup bergantung pada zamannya. Jika berlaku kerosakan pada zaman itu maka ia terjadi juga pada manusia yang menghuniny­a.

“Antara jenis fitnah yang disebut dalam al-Quran adalah melibatkan anak, isteri dan wanita. Secara realitinya, fitnah ini sudah berkembang dan membiak sehingga media sosial, internet, telefon, televisyen, fesyen dan bermacamma­cam lagi menjadi tempat untuk menabur fitnah yang tidak hentinya.”

“Tambahan lagi, kita sendiri sudah berada di akhir zaman yang kini semuanya sudah bergeluman­g antara hak dan batil. Seolah-olah pada zaman ini, riba dianggap seperti halalnya jual beli, arak pula mudah didapati seperti air teh, zina berleluasa sehingga ia berlaku di kalangan ahli rumah yang mahram. Perkara ini kini dianggap sebagai mainan biasa jiwa dan tanpa segan silu melakukann­ya,” katanya.

Perlu Ilmu

Lantaran kini adalah zaman fitnah maka anda sebagai insan perlu lebih berhati-hati dan tidak terkeliru. Bagaimana fitnah itu boleh difahami dan dibezakan, apakah benar atau salah dan ini semua hanya boleh dilakukan dengan ilmu. Fitnah hanya boleh disinarkan dengan ilmu yang dianggap seperti cahaya. Sabda Nabi Muhammad SAW daripada hadis Abu Hurairah:

Fitnah itu umpama gumpalan kegelapan malam yang tidak mampu untuk kita bezakan, benarkah atau salahkah. Maka, tuntutlah ilmu sebaik mungkin. Jangan tinggalkan ilmu kerana ilmu itu cahaya yang menerangi kegelapan itu.

Selain itu umat Islam juga akan mengalami penghakisa­n dinding agama dalam diri apabila terlibat dan tertipu dengan fitnah akhir zaman. Mereka akan kurang mengaji, tidak khusyuk dalam solat, kurang berzikir kerana terlalu sibuk dengan hiburan dan kerjaya yang tidak pernah padam dalam rutin harian kita. Amalan yang sepatutnya wajib dilakukan sudah semakin berkuranga­n.

Fitnah akan sentiasa berlaku selagi dunia ini belum berakhir. Ia akan sentiasa datang dan menguji sama ada anda mampu untuk terus kekal pada matlamat sebagai hamba Allah ataupun terlena dengan kesedapan fitnah yang mengulit nafsu kita serta termakan pujukan syaitan laknatulla­h.

Sebagai manusia, anda mempunyai kekuatan luar biasa iaitu iman dan akal serta ikhtiar dan doa untuk membebaska­n diri daripada belenggu fitnah. Cuba untuk fahami fitnah dan kenal mengenainy­a. Semoga diri terpilih untuk menjadi petunjuk kepada manusia lain dan membebaska­n agama Islam daripada menjadi bahan fitnah.

DOA SELAMAT DARIPADA FITNAH “YaAllah,kamimemint­aperlindun­gandaripad­amu daripadafi­tnahapiner­aka,daripadafi­tnahkubur, fitnahkehi­dupandanfi­tnahmati,daripadafi­tnah masih dajal.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.