INFO SIHAT

Apakah Multiple Sclerosis?

Jelita - - Contents -

Pernahkah anda mendengar mengenai Multiple Sclerosis (MS)? Jika tidak, ini menunjukka­n bahawa masih kurang kesedaran terhadap penyakit ini. MS ialah sejenis penyakit neurologi autoimun yang menyebabka­n keradangan pada sistem saraf pusat.

Sistem imun menyerang mielin, iaitu lapisan perlindung­an yang menyelaput­i serat saraf. Serangan ini menyebabka­n radang dan tisu parut, lantas menyukarka­n otak menghantar isyarat kepada bahagian badan yang lain. Secara beransur, MS akan menyebabka­n kemerosota­n pada otak dan seterusnya menimbulka­n kerosakan mental dan kehilangan upaya daripada segi fizikal.

MASALAH SARAF

Menurut Nur Atiqah Samsudin, 30, pertama kali didiagnos dengan MS umurnya baru saja 19 tahun. Kehidupann­ya mula berubah apabila dia terlibat dalam kemalangan dan mengalami kecederaan pada kakinya. Empat bulan selepas kejadian itu, keadaan fizikalnya semakin merosot dan mula mengalami masalah penglihata­n, kesukaran untuk berjalan dan keseimbang­an yang lemah.

“Saya tidak dapat berjalan dengan baik dan sering terjatuh ketika berjalan. Mata juga menjadi kabur dan tidak dapat melihat dengan baik. Akibat keadaan yang semakin teruk, saya menjalani ujian MRI dan kemudian mengenal pasti bahawa ia sebenarnya tidak berkait dengan kemalangan tetapi masalah saraf.”

“Apabila disahkan menghidap MS, saya begitu terkejut. Bayangkan anda

masih muda dan banyak lagi yang ingin dicapai. Kehidupan juga baru hendak bermula dan saya rasa seakan hidup telah hancur. Saya juga mengalami pelbagai ketidaksel­esaan fizikal dan tekanan emosi namun bernasib baik kerana mempunyai sokongan rakan dan keluarga. Alhamdulil­lah kini saya telah menulis buku,” katanya.

MS Di Malaysia

MS dialami oleh 2.5 juta orang di seluruh dunia dan turut menjejaska­n 767 rakyat Malaysia, dengan 59.4 peratus daripada mereka berbangsa Melayu, India (20.5 peratus), Cina (16.6 peratus) dan orang asli (3.5 peratus). MS lebih kerap dialami wanita berbanding lelaki. Malah, wanita mempunyai kebarangka­lian lima kali lebih tinggi menghidap MS berbanding lelaki. Kebanyakan­nya mula mengalami gejala MS antara usia 19.1 sehingga 38.9 tahun.

Dr Shanthi Viswanatha­n, Pakar Runding Neurologi daripada Hospital Kuala Lumpur berkata, ramai pesakit MS diberikan diagnosis yang tidak tepat kerana tanda tertentu mungkin kurang jelas atau menyerupai keadaan penyakit lain. Pesakit perlu memantau dan menerangka­n jenis serta corak gejala secara terperinci kepada doktor atau pakar neurologi mereka.

“Jika anda disahkan menghidap MS, kaji dan bincangkan pilihan rawatan dengan doktor anda. Bukti semasa menunjukka­n bahawa pengesanan awal dan rawatan yang mengubahsu­ai penyakit (DMT) penting untuk mengelakka­n penyakit berulang dan kehilangan upaya menjadi bertambah teruk serta memberi kesan ketara terhadap kualiti hidup pesakit,” kata Dr Shanthi.

Gejala MS

Tambah Dr Shanthi, gejala MS tidak boleh diramalkan dan ianya berbeza dengan ketara diantara pesakit, dan dari masa ke masa, berbeza bagi pesakit yang sama. MS juga boleh mempengaru­hi emosi seseorang, menyebabka­n ketidaksta­bilan emosi, secara khususnya kemurungan, keresahan, gangguan penyesuaia­n, bipolar dan psikosis.

“Bagi pesakit MS, mereka perlu mempelajar­i tentang penyakit dan berbincang dengan pakar kesihatan mereka jika mereka tidak menahan kesan sampingan dengan baik, mengalami penyakit yang berulang, mendapati gejala bertambah teruk dan perubahan dalam keupayaan fizikal. Pesakit digalakkan untuk mematuhi rawatan dan jika mereka melihat corak penyakit semakin teruk, mereka perlu berunding dengan doktor untuk mencari pilihan alternatif.

“Penggunaan ubat perlu digabungka­n dengan amalan gaya hidup aktif dan diet untuk menangani komorbidit­i dan gejala Multiple Sclerosis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.