ACARA

Perindah Peribadi Bersama Clinelle

Jelita - - Contents -

Awal pagi Sabtu, 22 Jun lalu, kira-kira 50 tetamu undangan daripada Jelita, Her World dan Clinelle diajak berkumpul di Hotel W, Kuala Lumpur untuk acara memperkasa diri dengan aktiviti yang menggembir­akan dan menambah inspirasi.

Bermula dengan sesi Sound Healing bersama Jennifer Tan daripada The Golden Space (M) Sdn Bhd, peserta dibaluti dengan bunyian menenangka­n agar mereka dapat merelakska­n minda dan tubuh. Acara disusuli dengan sesi Memperkasa Wanita bersama Didiyana Ehsan, penata hijab selebriti yang berkongsi cabaran kerjayanya yang agak niche, bermula daripada sifar hinggalah dia kini menjadi pilihan ramai

personalit­i dan selebriti popular.

Christy Ng, usahawan Christy Ng Shoes pula bercerita cara dia memulakan perniagaan­nya hinggalah jenama berkenaan mampu berdiri sendiri hari ini. Sesudah itu, Dr Wong Yeut Sun, pakar aestetik ke pentas untuk bercerita mengenai cara terbaik menjaga kulit wajah selain menjawab soalan peserta berkaitan dengannya sebelum Caryn Lee, pengurus produk Clinelle berkongsi mengenai manfaat penggunaan rangkaian Clinelle Whiten Up.

Penutup acara adalah sesi santai menggubah bunga bersama Jesse dan Gladys daripada BloomThis di mana peserta berpeluang belajar cara betul menyusun bungaan segar untuk dibawa pulang sebagai bingkisan hari istimewa ini.

Sesi Sound Healing.

Mencuba produk Clinelle.

Peserta bergambar kenangan bersama pakar.

Didiyana Ehsan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.