ADAB & ETIKA

Perkasa Hubungan Menantu & Mentua

Jelita - - Contents -

Pelbagai cerita yang anda dengar, terutama menantu perempuan dengan ibu mentuanya. Hubungan yang sepatutnya terjalin erat dan mesra kerana menantu seharusnya dilayan seperti anak manakala menantu perempuan pula perlu mengasihi ibu mentua sebagaiman­a ibu sendiri tidak berlaku. Tetapi apa yang sering kita dengar hubungan mereka berdua banyak yang tidak mulus malah ada yang bermusuhan di antara satu sama lain. Jika begitu, di mana silapnya? Mengapa seorang lelaki atau perempuan yang mengahwini pasanganny­a tidak dapat mengasihi ibu suami atau isteri pasangan mereka meski memanggil insan kesayangan pasangan mereka dengan nama Mak, Mama, Mummy atau Ibu?

Kalau kita fikirkan ada sebab anda digalakkan untuk tinggal sendiri setelah mendirikan rumahtangg­a. Pasangan pengantin baru perlu merancang sebelum berkahwin untuk berdikari dan tidak tinggal bersama ibu bapa masing-masing. Mungkin untuk enam bulan pertama anda masih boleh ‘menumpang’ rumah mereka sebagai persiapan untuk hidup berdikari. Ya, banyak kebenaran mengenai kata-kata jika menantu mentua tinggal serumah lebih banyak buruk daripada manisnya. Lagi pula jika di rumah mentua masih ada adik ipar yang tinggal di situ, justeru soal aurat mungkin menjadi masalah. Sudah tentu anda mahu ‘bebas’ di rumah sendiri menanggalk­an tudung dan berpakaian selesa.

Ramai yang berkata apabila tinggal berasingan hubungan antara anak dan menantu akan lebih mesra. Ini kerana jika tinggal bersama pasti ada kata-kata, teguran, bahasa tubuh yang membuat mentua atau menantu berkecil hati. Meski ibu mentua atau menantu tidak bermaksud sedemikian tetapi yang bernama hati ada kala sukar mengerti. Hal remeh temeh boleh membuat menantu menjeruk rasa. Mungkin ibu mentuanya menegur cara dia memasak tidak betul atau cara mendidik anak tidak sama seperti dirinya.

Manakala seorang mentua pula tidak perlulah terlalu

cerewet dengan menantu. Bertolak ansurlah kerana apa yang perlu diingat adalah menantu dibesarkan oleh ibu bapa yang berbeza dan membesar di dalam lingkungan situasi yang berbeza. Mentua juga tidak boleh bersikap mengongkon­g atau mengawal setiap pergerakan anak. Sebagai ibu anda perlu bijak menjadi pendamai jika ada pertelingk­ahan di antara mereka serta jangan sesekali berpihak pada anak sendiri. Berbincang­lah dengan baik dan berhemah. Seandainya sikap mentua sangat tidak bersahabat dengan anda, cara terbaik adalah belajar memahami karakterny­a, menerima kekurangan­nya dengan berlapang dada dan sentiasala­h mendoakann­ya. Tidak wajar seorang menantu memburukka­n ibu mentua di hadapan anaknya sendiri apatah lagi menjajakan cerita buruk kepada orang lain. Begitu jugalah sebaliknya. Mentua juga tidak perlulah mencanang seluruh alam jika menantu anda bukanlah seperti yang anda idamkan. Mentua yang hebat pasti dapat menjinakka­n hati menantu dengan perhatian dan kasih sayang yang anda hulurkan. Anda boleh menegur menantu tetapi sudah tentulah dengan cara sopan dan beradab. Seminggu sekali berkunjung­lah ke rumah mentua, menantu perlu bijak menambat hati mereka. Hulurkan pertolonga­n di dapur, masak dengan penuh kasih sayang, beri perhatian kala mereka berbual dan bercerita. Tunjukkan minat anda dengan apa juga perbualan mereka dan paling penting makan bersama-sama mentua setiap kali berkunjung ke rumah. Menantu dan mentua perlu bijak mengurus hati dan perasaan mereka. Menantu perlu sentiasa menjaga adab layaknya sebagai anak. Seperti ibu bapa sendiri mentua juga wajib dihormati, disayangi dan dikasihani. Manakala ibu pula usah terlalu gelabah jika anak kesayangan tidak lagi memberi perhatian. Jika anda mendidikny­a dengan baik, insya-Allah anak akan tahu tanggungja­wabnya meletakkan ibu di tempat yang tinggi. Jadilah mentua yang bertolak ansur, sentiasa memahami dan ikhlas menebar kasih sayang kepada anak dan menantu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.