MANUSIA KUAT...

Jelita - - Catatan Editor - Anida Salwani Anida Salwani, Editor [email protected]

Inspirasi

tajuk hadir usai menonton konsert Tulus awal Ogos lalu dan saya rasa ia cukup kena dengan tema yang cuba Jelita ketengahka­n September ini. Ada dua jenis manusia kuat yang ingin saya ketengahka­n bulan ini – ibu bapa yang sedang bertungkus-lumus memberi fokus kepada anak yang bakal menduduki dua peperiksaa­n besar iaitu UPSR dan PT3. Juga kelompok Kami Wanita Malaysia yang menjadi pilihan Jelita bulan ini.

Buat ibu bapa kumpulan manusia kuat pertama, tabik! Apatah lagi yang sama-sama bekerja, perlu memenuhi segala tuntutan di pejabat kemudian beralih perhatian pula kepada keperluan anak yang hendak menduduki peperiksaa­n. Mulalah rasa cuak jika persiapan selama ini dirasakan tidak memadai dan mencukupi. Terus-terang, itulah perasaan saya pada ketika ini. Cuak!

Tahun yang mencabar kerana terasa perlu kerat badan buat dua anak yang kena menempuhi peperiksaa­n besar ini, dan anak yang lain juga tidak boleh dipandang sepi. Si bongsu hendak masuk darjah satu, betulkah dia sudah mahir membaca? Itupun yang selalu berlegar-legar, meronda dalam fikiran kerana zaman ini bukan seperti dulu, masuk sekolah kebangsaan baru belajar membaca. Tadika zaman penuh dengan keseronoka­n tetapi kini,

kena fasih segala macam skil jika hendak ditempatka­n di kelas yang bagus.

Saya pasti tidak sendirian menempuhi momen ini. Ramai ibu bapa yang membaca coretan ini pasti sedang laluinya, mungkin ada yang lebih mencabar daripada yang saya tempuhi. Doa saya buat kalian semua.

Kelompok kedua – manusia kuat yang kami himpunkan dalam lembaran istimewa - #KamiWanita­Malaysia. Seramai lapan wanita ini disenarai pendek bagi mewakili suara srikandi negara yang kuat, padu dan unggul. Bangganya melihat setiap seorang dikumpulka­n dalam helaian yang dicipta sempena Hari Malaysia bulan ini. Siapakah mereka dan apakah isi hati yang ingin mereka beritakan buat anda? Selak halaman 53.

Mengibarka­n lagi semangat nasionalis­me, helaian Pesona Rias mencuba solekan yang diinspiras­ikan daripada rona bendera kebangsaan. Sesuatu yang berbeza tetapi boleh anda cuba dalam riasan harian, tidaklah terlalu melebih-lebih hanya untuk meraih gambar yang cantik. Ini kerana, kami mahu sentiasa berikan naskhah bergaya dan berilmu yang serba logik dan sentiasa praktikal.

Jika anda ada cadangan lain, usah segan mengirimka­n utusan kepada saya di emel yang tertera di bawah. Saya tunggu...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.