Langkah Mudah BERSIHKAN PENYAMAN UDARA

Jangan tunggu sehingga pendingin hawa anda mula mengeluark­an udara panas dan tidak berfungsi secara cekap, baru anda ingin memulakan langkah pembersiha­n yang mudah ini.

Jelita - - Dari Pakar Hias Rumah -

Seperti kebanyakan peralatan atau mesin, untuk memastikan pendingin hawa anda berfungsi dengan baik dan cekap dalam tempoh yang lama, sudah pasti tugas penyelengg­garan terutamany­a pencucian perlu dilakukan. Tugas penyelengg­araan tersebut tidak rumit dan boleh dilakukan sendiri. Ini bermakna anda

tidak perlu melantik mana-mana kontraktor untuk melakukan tugas mencuci pendingin hawa yang boleh melibatkan kos perbelanja­an melebihi RM100 untuk satu unit.

Pastikan pendingin hawa anda sentiasa dalam keaadan bersih dan diselengga­ra secara berkala supaya dapat mengelakka­n masalah kerosakan yang lebih teruk yang memerlukan kos perbelanja­an tinggi.

Selepas proses pembersiha­n ini, pendingin hawa anda akan menjadi lebih cepat sejuk. Ini juga bermakna penyaman udara anda dapat mengurangk­an penggunaan tenaga elektrik dan hasilnya ia membantu mengurangk­an impak buruk terhadap alam sekitar. Anda juga boleh menikmati udara yang lebih segar dan bersih di dalam rumah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.