RAHSIA KULIT MUDAH SERAP BAHAN

Jelita - - Snippet Cantik -

Untuk wajah tampil sihat dan berseri, kulit kenalah mampu menyerap bahan baik dalam produk kecantikan yang anda gunakan setiap hari. Tetapi, jika kulit anda tersumbat dek kekotoran dan rutin membersihk­annya tidak sesempurna yang dijangka, sudah tentu anda tidak meraih manfaat produk seperti serum mahupun pelembap.

Anda boleh cuba Luna 3 keluaran Foreo. Ia bukan sahaja dilengkapi teknologi pembersiha­n yang terkini, ia boleh digelar alat senaman wajah kerana boleh mengurut otot wajah anda menerusi getaran yang boleh diperibadi­kan menerusi aplikasi Foreo.

Menariknya, anda tidak perlu mengecas sebegitu kerap kerana sekali cas saja anda boleh gunakan sehingga 650 kali! Katakanlah anda tidak ingat mana letak ‘si kecil’ ini, gunakan saja cirri Find My Luna dalam aplikasi berkenaan. Mudah, bukan? Luna 3, RM920 (boleh dibeli di Sephora, Zalora, Hermo dan Lazada).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.