PAKAIAN SUKAN BERWARNA TERANG KEMBALI

Jelita - - Snippet Fesyen -

Kegemaran sepanjang masa! Koleksi Adicolor yang mempunyai kombinasi warna terang adalah koleksi warisan ikonik daripada Adidas Originals. Musim Luruh/Dingin ini Adicolor kembali dengan mengambil inspirasi daripada cahaya spektrum semula jadi dan warna pelangi merah, oren, kuning, hijau, biru dan violet. Koleksi lelaki menawarkan helaian penting seperti seluar pendek, jersi, kemeja-T, aksesori manakala jaket SST WB dan 3-Stripe HZ serta tracksuit Firebird Trackbreak dalam tujuh warna unik untuk lelaki. Wanita juga boleh menyarung rona Adicolor pada baju renang, sweatshirt­s, seluar trek dan aksesori termasuk stoking, topi besbol dan beg pinggang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.