BUBBLE TEA TERJAH DUNIA AKSESORI

Jelita - - Snippet Fesyen -

Hanya boleh digayakan, bukan untuk diminum! Anda boleh dapatkan edisi terhad berlian dan nilam berkualiti tinggi daripada Jeoel yang direka secara tempatan. Jeoel melancarka­n koleksi Diamond Magical Creatures iaitu Diamond Fox, Diamond Witch, Diamond Rabbit, Sapphire Rabbit dan Sapphire Bubble Tea dengan harga bermula RM199. Koleksi loket dwifungsi Sapphire Bubble Tea adalah gabungan teh yang sempurna, lengkap dengan mutiara boba kenyal bersama kombinasi nilam dari Jeoel. Permata nilam semula jadi yang berwarna-warni seperti pelangi ini hadir dalam warna ungu, merah jambu pekat, biru yang memukau, dan kuning yang memikat. Loket tersebut berbentuk cawan teh bersama mutiara boba serta sepasang sayap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.